Bismillah..
Jadual bulan April di penuhi dengan warna warni makanan. Tq cik Husna, my beauty roomate! Kenyang makan kat rumah kamu. Best betul masak sama sama kan? Terasa macam mini kenduri pulak. Selama parents Husna takda sebab holiday, aku ngan Maznie teman tidur kat Kajang. Suasana kat sana best. Ibu Husna ada mini garden. Fresh je bila bangun tido. Sempat berbakti, siram pokok. Kat umah sendiri tak ingat pulak nak siram. Auch -.-"
Jadual harian
Day 1, kitorang tolong tuan rumah masak Ikan Masak 3 Rasa.
Day2, resepi khas dari cik Husna, Spageti Kuah Kacang. First time makan perisa ni. Good job dude! Rasanya pon takdalah pelik sangat. Serius! Nak resepi, boleh request :)

Ni chef chef yang duk busy kat dapur.
16hb April, 2012
Minggu exam communicable disease settle! Final satu paper je. Alhamdulillah, selesai. Balance hari selasa sampai khamis di habiskan di KL! No no no, bukan Kuala Lumpur. Tapi Kuala Lipis. Yes! Aku pergi jumpa Dato' Siti. Aha! Anggan anggan sungguh. Percutian mengejut. Sebenarnya, tak rancang pon nak pergi Pahang minggu tu. Sekadar perasaan yang membuak buak nak pergi Cameron. Tak sangka terus packing beg nak g sana. Gelojoh ke? Mungkin sebab dah lama berhajat nak menjejakkan kaki di kota ala ala oversea. Sejukkan kat sini kalau nak di bandingkan dengan hotnya KL.
Ok ni muka letih.
Lepas je masak kat rumah Husna terus ke KTM Kajang --> KTM BTS.
Bertukar ke LRT BTS --> LRT Titiwangsa (Pekeliling)
Bas Transnasional --> Kuala Lipis
Barang keperluan yang perlu di bawa bersama.
Kalau nak tahu, member saya yang sorang ni suka sangat dengan meow! Omel omel sumenye. Auw auw, jelas terpancar keriangan. Ada 20 ekor semuanya, banyakkan? Lupa lak nak snap gambar mereka. Huhu..
Perjalanan dari Kuala Lipis ke Cameron mengambil masa anggaran dalam 2 jam. 2 jam adalah bersamaan masa perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur. Lama kan? Kalau la aku boleh drive..pffftt..
Persekitaran dan pemandangan di penuhi pokok pokok hijau. Sejuk mata memandang. Serius! Aku suka sangat suasana macam ni. Kalaulah aku dapat Hospital Cameron.. #wink wink!!
Korang korang mesti dah pergi kan? Lambat betul aku nih.. DUhh..
Walaupon post ni lambat di 'update' akibat ke'busy'an praktikal dan Final Exam LJM revision, ku hadapkan jua.
Oh ya! hari ni 12hb Mei 2012. Aku nak ambil kesempatan dan kesempitan nak taipkan "Selamat Hari Jururawat Sedunia" buat semua jururawat kat planet bumi dan bakal nurse macam aku ni. Semoga keikhlasan anda semua membantu insan yang memerlukan. Nanti aku update post bertemakan JURURAWAT ok. (Walaupon aku tak tahu bila nantinya) So, tungguuuuu..
Wassalam.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih..! Jemput komen lagi :)