Pages

Thursday, 30 August 2012

Ramadhan & Syawal 2012

Bismillah..

Setelah blog ini dibiarkan tidak berpenghuni. Blog ini sunyi. Sepi. Cengkerik pon tak nak singgah.  Inikan Najwa Latif. Labah labah pon mesti dah penat buat sarang sementara tunggu aku update. Jentik jentik yang duk dalam air pon dah jadi nyamuk dewasa sementara menunggu aku mengarang.  Baby baru lahir pon sempat dah dapat imunisasi untuk bulan pertama. Kepompong pon dah pecah, POM! Jadilah rama rama yang indah. Lalala~
Anyway, rasa rindu dengan blog ni. Bila rindu, mulalah baca entry lepas. Haha. Sape lagi kalau bukan saya tulis, saya baca kan. Nak harap korang? Korang baca ke? Upss, >.< Mekasih sebab singgah. Ayat tak seberapa hebat. Ok, tak mboh pangkah blog ni ye. Maafkan saya~

So di hari yang mulia ini, sebelum 30 Syawal ni cik nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat, mu'minin dan mu'minat. Semoga ibadah puasa kita sepanjang bulan Ramadhan di terima Allah SWT dan semoga kita utuh mengekalkan ibadah kita seperti Ramadhan yang lepas. Cuma jangan memandai nak buat tarawikh pulak ye. Saya tahu anda rajin. Pada yang khatam Al-quran, tahniah buat anda. Pada yang solat tarawikh tiap tiap lepas maghrib, tahniah buat anda dan pada semua aktiviti yang berunsur kebaikan, tahniah buat anda. Marilah kita beristiqomah bersama :)

Kini cik blogger kembali membersihkan blog beliau. Header pokok hijau yang sebatang ni dah menggugurkan dedaunnya. Misi menyapu - setel. Rumpun hijau pon dah tinggi macam saya. Misi memotong rumpun - setel. Blog ni tak ada banyak sangat perubahan. Cuma link I LOVE ISLAM ditambah. Nothing is new unless, post baru telah di tampal di dahi screen. Auch =.='

Ramadhan Al-Mubarak
Sepanjang bulan ramadhan ni aku menghabiskan masa dengan mengecat rumah. Habes berwarna warni rumah. Barulah riang ria raya! Luar rumah warna biru. Ruang tamu warna pink. Bilik perempuan warna hijau + kuning. Bilik lelaki warna hijau. Bilik mak warna pink. Dapur warna pink. Belakang rumah warna kuning. Toilet utama warna biru. Toilet bilik master room warna hijau cair. Rekod baru ye. Setelah hampir 3 minggu mengecat. Yes! Jangka masa yang sangat panjang. So, kalau ada tetamu yang rasa masuk ke alam lain bila masuk toilet, jangan gelabah ye. Saya memang sengaja main kaler luna kat dinding. Sayalah punca semua ini berlaku. Oh ye, tahun ni kami pilih PINK sebagai tema hari raya *what a beautiful color!

Tahun ni, kueh raya tak banyak yang buat. Dari kalangan mereka mereka yang masuk mulut hanya 3 jenis kueh je yang made in home. As usual, kueh tradisi keluarga. Yang lain sume order kat taukeh kedai. Bukan malas. No no no. Membantu kaum Melayu kita jugak >.<

Story bulan ramadhan dihangat kan oleh ketupat dan lemang. Alhamdulillah, aku akhirnya lulus JPJ dan failed sekali. Haha. Kesilapan mendewasakan pemandu. Now, dah boleh angan angan nak pakai kereta apa. But still, kerja first, dah senang sikit baru get ready. Nanti aku sendiri jadi serabut kelapa. Apalah nasib~


Syawal Al-Fitri
Setelah sebulan berpuasa (approximately :P), akhirnya kita berhari raya. Alhamdulillah, hari raya tahun ini lebih meninggalkan kenangan manis. Mana taknya, ramadhan tahun ni 100% berkepit dengan family je. Lebih tepat lagi dengan mak abah. Study dah habis kan. Apa lagi, masa inilah yang paling precious. Selama ni susah betul nak spend time dengan family. Lagi lagi time bersahur dan berbuka. Dulu study sekolah menengah duduk asrama. Balik pon weekend je. Jumaat balik tengahari. Ahad balik petang. Full day pon hanya hari sabtu je. Nak rasa buat kueh pon cam takde mood je. Lagi lagi bila exam fever. Mahunya duk telan kueh raya hasil dari titik peluh orang lain. #err. Bila study jauh, agak terasa bahang perantau. Huhu, macamlah KL tu jauh sangat dari Melaka =.='

Buat member member yang datang rumah, terima kasihlah sangat sangat. Memang meriah rumah aku, beb. Dan thanks buat kawan kawan yang layan aku masa aku raya rumah korang. Memang rindu ketat ketat dengan korang.

Renungan bersama
Bila dah makin dewasa, FEEL 1 Syawal lebih terasa. Walaupun bakal nurse ni tak dapat duet raya macam 10 tahun lepas. Bila dah makin besar dan makin matang, fikir sendiri apa itu bulan Ramadhan. You all know kan. Yes, feel of losing so much precious time. Masuk Syawal, Ramadhan dah takde. Kena tunggu lagi 11 bulan baru boleh jumpa balik. Alhamdulillah kalau umur ini panjang. Macam mana kalau tak jumpa? I'm gonna miss Ramadhan so much. Being able to fast and to eat is a REZEKI from My Lord, Allah.  Berbuka bila berpuasa dan makan bila lapar adalah satu situasi yang berbeza dari sudut yang aku rasa. Lebih nikmat sebab kita dapat menahan segala lapar dan dahaga. Mungkin juga dari subuh tak makan. Masuk maghrib baru nak makan. Makes sense jugak kan. Barulah nak tahu erti rezeki. Bila time tengah puasa barulah tahu itu sedap ini sedap. Tapi berbeza bila makan time lapar, kita mungkin tidak cukup kenyang kalau makan 1 kali je. Mungkin dalam sehari 2 atau 3 kali. Tak makan pon, paling koman pon, mesti minum air. Itu akulah. Korang mungkin minum setengah gelas je. Hebat :) Semoga Ramadhan yang bakal tiba tahun depan akan lebih dipertingkatkan amalan dari Ramadhan yang lepas. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama. Ramadhan kareem. Kullu'am wa antum bi khair :)

So the conclusion that i can conclude in this story is, your precious life, your rezeki, people that you loved, time, good deed, ibadah and your way of life is create who you are. No matter how poor or rich you are, still we  standing in the same soil, same atmosphere but different environment. But still our only God is Allah.

Kewujudan blog ini adalah tanda pengalaman saya berstatus Hamba Allah.
Wasalam.

21 comments:

  1. selamat hari raya kak rozi :) amboi bukan main colourful lagi rumah ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe :D selamat hari raya adik Alfi. Hope tak lambat sangatlah nak ucapkan :)

      Delete
  2. Salam aidil fitri dan salam merdeka... follower 214

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aiilfitri & salam merdeka untuk kamu juga amie :)

      Delete
  3. bakal nurse ker ni?.. follower 215

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a :) fadz nurse jugak ke?
      Tq follow..

      Delete
  4. wah.. bestnye.. stu rumah cat.. hehe.. wrna pink yg best sekli..

    ReplyDelete
  5. singgah sini..wahh..kite pun JP a.k.a nurse jgk la..awk kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wah wah! sy study outsouching kat UCSI University, cheras. haa..nanti baca la entry http://rozirox.blogspot.com/2012/06/journey-of-nurse-to-be-continue.html :P
      promote jap.

      Delete
  6. wahhhhhh rajinnya cat rumah...tentu berseri2 masa raya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih berseri. comot comot muka. haha.
      selamat hari raya kak mia :)

      Delete
  7. suke bca entry cik nurse..bermadah2 he du tersengih jer baca cz sy pn lbh kurang sma mmg mls nk update blog n bnda y slalu wat bca entry sndri hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe (^^,) time kasih @Nira sebab sudi baca. ingat takde sape nak baca entry.
      mengarang dan membaca itu seiringan. kita tak melakukan kesalahan policy blogger :P

      Delete
  8. kereta apalah tu yg selalu dimimpi2 tu kan =)
    slm syawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta ini http://rozirox.blogspot.com/2012/05/apa-cerita-perodua-anda.html
      Salam syawal buat kamu juga baby yang comel. kecik kecik dah berblogger. hebat :))

      Delete
  9. aloha cik nurse..jejak cni smbil tgk2 info

    ReplyDelete
  10. amboi..rajin ngecat...umah yana dok kaler owentuning je.huhu..lame dh tk cat aww..

    ReplyDelete

Terima kasih..! Jemput komen lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...