Pages

Saturday, 23 June 2012

Journey of Nurse-To-Be Continue

Bismillah

Alhamdulillah, selesai sudah 3 tahun aku bertatih di bidang separa perubatan bermula 2009 lepas. Even cita cita masa kat tadika dulu nak jadi doktor tak kesampaian. Syukur Ya Allah. Segala pahit manis selaku pelajar jururawat tetap akan ku kenang! Alhamdulillah seramai 70+ student UCSI University lulus exam lembaga. Dan semua student tajaan KKM termasuk aku pon lulus! Alhamdulillah berkat doa ibubapa, lecturer dan semua. Kami bakal merawat anda. Hati hati.. Heeeehee :D

Adakah jururawat pekerjaan pertama anda? 
NOPE! Menentang sekeras kerasnya. Dulu after SPM aku pernah bekerja secara sambilan kat Jusco Ayer Keroh. Sekadar inginkan pengalaman bekerja. Haha, ia ia je, padahal nak income..tutt! 2 in 1. Bekerja sebagai promoter. Not too bad. Almaklum pabila wanita gemar shopping. Taklah aku bosan kerja kat sana. Anyway, tak selamanya aku kerja. Nama pon kerja sambilan. After dapat result SPM, aku continue study Form 6. I love the school uniform. Yes I do. 3 weeks after schooling time with bio and chemist and math and bla bla bla, I've got offer letter from MOH (Ministry of Health). Of course terkinja kinja. Alhamdulillah, my interviewed was succeed! And now, puff!!! Jadilah koko nurse! Haha! Di sinilah aku sekarang. Bakal cik nurse yang sedia memberi khidmat.
Before posting.
Groupmate, Kak Syidah dan Kak Polis

My groupmate, Khumo.

My bff, my housemate, my classmate, my groupmate.
Winner of the year!
* Regards for Pai Ying and Edwin!

Adakah bidang jururawat pilihan pertama pekerjaan anda?
Oh, I love this question. Siapa yang tanya tadi? :p 
Secara jujurnya, tidak. Tapi kalau nak cover line, iya! Haha, kenapa yek bila orang tanya kita nak jadi nurse mesti kita jawab:

A= Jururawat ok apa. Gaji tinggi wooo!
B= Dah takda kerja. Nurse senang dapat kerja kan?
C= Pesakit makin ramai. Gerenti banyak borang kosong dapat aku isi. Isi jelah, dapatnya tak pasti.
D= Aku mintak kerja lain, lain yang aku dapat.
E= Aku kene paksa ngan family aku la..
F= Jururawat adalah pekerjaan yang mulia. This is the truth!

Dan macam macam lagi jawapan yang masuk akal. Korang pulak? Pernah jadi macam ni tak? Bukan nurse pon takpe. Janji kesinambungannya sama. Di sini tiada dikriminasi. Para doktor jangan tersisih. Actually, tak salah pon semua jawapan kat atas ni. Manusia punyai berbagai ragam. Aku salah satu darinya. Dan F bukan jawapan yang aku bagi semasa sebelum mula latihan sebagai pelajar jururawat. Seriusly, aku tak minat nak jadi nurse. Kenapa? Mungkin sebab nak kene buat benda benda kotor kat dalam wad. Tapi itu pandangan mereka yang tidak tahu the actual role of nurses. That person is ME. Bila dah study nursing baru aku tahu apa yang cik nurse buat kat wad, klinik, ED ect. We're not only doing thing in 'nature' but we serve medication, comfort the terminal ill patient (sob..sob), give emotional support etc and work with doctor in many ways (injection, dressing-cuci luka).  It's a lil bit upset to know you apply work for something that you hope for but then it turn out the other way. I wish I could be a lab girl. Makmal perubatan is my first choise. Tapi apakandaya, adik aku yang dapat. Huhu, tahniah Mr Lab kerana menyambung hayat impianku. 

Suka sangat ke nak jadi Nurse?
Dulu tak suka tapi sekarang dah suka! Yeay! Seronok tau jadi nurse ni. Pelik? Bukan main aku hantam tak suka sekarang lain cerita pulak. No no no, bukan two face ok. Alhamdulillah, aku sedar tak semua benda yang kita nak, kita dapat. Kemungkinan besar benda yang kita taknak lah memberi impak yang lebih positif dalam hidup kita. I believe in faith. My family push aku untuk meneruskan pengajian under KKM. Siapa taknak bhai. Elaun masuk tiap tiap bulan kot. Muahahaha! #Gelak Adudu. Anyway, itu hanya bonus bagi aku dan amanah untuk menggunakan ia pada jalan yang betul. Rezeki Allah bagi.

Pengalaman di Pusat Pengajian Swasta, UCSI University.
First expression ketika terima letter dari KKM. Terpinga pinga. Sebab aku expect aku masuk KSKB (Kolej Sains Kesihatan Bersekutu). Aku di tempatkan di universiti swasta di bawah tajaan kementerian kesihatan. 'Term'nya lebih di kenali sebagai outsourcing. First time menjejakkan kaki ke UCSI University 1hb Julai 2009 tepat pukul 8.35am.

Aku adalah orang kedua selepas Amni. Yes, aku rasa dia excited sangat. Hehe.. Banyak banyak pelatih aku je yang pakai seluar track dengan baju sukan asrama aku. Gila selamba! Boleh pulak member member aku ingat aku ni pelawat yang menemani kakaknya untuk mendaftar. Kelakar. Environment kat sini beza. Seingat aku, bakal tempat tinggal aku asrama. Tapi sebaliknya. Syok tau dapat rumah taman. 2 storey terrance. Macam umah sendiri. So, ingat lagi tak Amni? Bakal nurse yang excited nak daftar tadi? Hehe, dia jadi roomate aku. Kebetulan kan? Kitorang sama sama cool! Tq bro, for being such a good fellow. Now, dia dah transfer ke rumah baru. So, roomate aku bertukar kepada cik Husna tahun lepas. My best friend neva change! Aku seorang yang setia!! Kehkeh.. Tq Maznie. And my beloved sister kak Nah. I will always love you even you're not here. Dedicated to you  at Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu #winkwink. And big thank you to my hot housemate; Kak Pah, Kak Patrick, Kak Polis, Kak Syu, Kak Nabil and my ex-housemate Kak Teves and Dhivya. 
Dari Kiri: Maznie, Kak Syu, Kak Polis, Kak Nabil & Rozi

Dari kiri: Kak Polis, Amni, Rozi, Maznie, Kak Pah, Kak Syu, Kak Patrick & Kak Nabil


Apa yang bestnye time study adalah subject dia. Di sebabkan minat aku dulu time bio and chemist, aku  study bersungguh sungguh. Semangat berkobar kobar. Alhamdulillah, bila ada usaha pasti ada hasil. Tapi kalau dah usaha tapi takde hasil, jangat kecewa. Keep trying and fighting ye kawan. Study nursing ni bukan macam kacang beb. Kusangkakan being a nurse its like fry the peas. Hehe, rosak bahasa. Kami belajar pure bio but not that deep. Nasib aku amek bio SPM dulu. Ada gak basic. Tapi yang tak amek bio pon ada yang lebih better dari aku. Bitter me. For a beginner, aku belajar basic science. Anatomy & physiology, fundamental of nursing, sociology, introduction of nursing and etc. Bila dah intermediate ni start study benda yang lagi rumit. CNS, renal, musculoskeletal, acute care, paediatric, geranto, mental health and many more. How stress ya know. At the same time kena cover practical kat hospital. Itu mesti sebab itulah tempat kerja aku. And the knowlegde we gain in subject yang ohsem, we have to apply it wisely. Late and wrong intervention would kill the person's life. Oh, besar sungguh tugas ini. 

Being a nurse its not that easy man. Not like in the drama or film. Ia mengingatkan aku tentang abang aku. Kata kata dia masih berbekas kot. Katanya jadi nurse senang je cuma pegang fail untuk doktor. Takpon passing barang kat dewan bedah. Terpanggil aku untuk menepis tohmahan. Ececeh, tapi takpe, aku dulu pon macam dia. Huhu, nasib anda baik. Anda di maafkan.

Apa yang aku belajar dari bidang kejururawatan ini adalah kehidupan dan kematian. Bila aku rewind balik apa yang aku study dari semester 1 sampai 6, aku dapat kesimpulan bahawasanya aku yang sihat dan berkemampuan, plus, gagah dan ditugaskan untuk berbakti pada mereka yang memerlukan. Kadang kadang aku terpikir kalaulah aku yang sakit. I really need someone to give the care. How about if you couldn't do anything? Being a paralyse is very sedih ya know. And sometimes you may feel this world should end because you taknak menyusahkan orang yang you sayang. Di situlah fungsi nurse! 100% kita kena care dia. Makan minum, mandi, toileting, ubat, pusing pusingkan kedudukan badan dia supaya tak melecet and everything yang kita buat 24 hours. Just imagine if you were that patient. Oh bertuah sungguh saya memiliki tubuh yang sihat. 

Pengalaman sepanjang bergelar pelatih
During my 1st year, aku jaga seorang patient ni. Memang takley nak ingat balik muka dia. Tapi yang pastinya dia memang cantik. One day dia tanya nama aku. Well, masa 1st time posting kat wad taklah aku profesional. Boleh pulak aku bagitau nama aku Ultraman. Hanya sekadar untuk bergurau. Tinggi betul cita cita. Padahal cek simple simple je. So, the next day mother dia panggil aku Ultraman sebab anak dia ceritakan story sengal ni. Nampak simple tapi pada aku, benda ni membuatkan aku bahagia. Walaupon aku tak membantu dari segi improve health dia. Tapi aku berjaya membuatkan pesakit tu ceria walaupun kesihatan dia terganggu. Sometimes, aku akan tersenyum sorang sorang bila ingat balik kejadian ni. Starting that day, I start to love my job.

Satu kisah yang betul betul membuatkan aku takkan lupa pengalaman sepanjang bergelar student nurse ni adalah apabila aku menjaga seorang pakcik ni. Keadaan dia kurang stabil. Di mana dia hanya terbaring lemah tanpa bergerak gerak di atas katil. Maka, tugas kami adalah memberi keselesaan. Walaupon pakcik tu tak pernah bukak mata selama 4 hari kami take care hygiene beliau. Dalam masa 4 hari tu jugalah takde sape yang jenguk pakcik tu. Sedihkan? Even family members. Hari terakhir kami segroup posting memandikan pakcik tu. Punya happy dan puas hati sebab dapat tolong pakcik tu. Siap kitorang cukurkan janggut n misai dia. Memang smart! Selesai kemaskan katil semua, pakcik tu bukak mata dan senyum kat kami sume. Serius memang touching beb. Inilah reaksi pertama dia buat selama hampir seminggu kitorang jaga dia. Bila da masuk time rehat, dengan girang gembiranya kitorang isi perut. Bila ajal tiba, tidak apa yang boleh mempercepatkan atau melambatkan ia. Sampai je kat wad lepas rehat, Mary, member Nigeria aku report yang nadi pakcik tu dah tak berdengut lagi. Dan akhirnya doktor mengesahkan pakcik tu dah meninggal dunia. On the dot, kitorang semua menangis. Mungkin ni adalah pengalaman pertama aku mengendalikan kes kematian.  Tak sangka pakcik tu meninggalkan dunia ni dengan sekuntum senyuman. Mungkin itu tanda terima kasih pada kami sepanjang take care dia. Allah lebih sayangkan dia. Alfatihah.

Bila dah makin senior ni, aku di tempatkan di unit yang lebih complicated dan khusus iaitu wad bersalin! Yeay, tengok baby! Memang syok kalau tengok tengok baby ni. Tapi awas! Anda harus mengamalkan budaya membasuh tangan dengan betul. Macam mna? Tengok kat sini. Sebabnya, baby senang kena jangkitan kuman. So, yang comel comel ni biasanya sensitif. Macam saya. Muahaha! As a female, aku tersentuh. Memang masa baby tu kuar dari perut mama dia, mata aku secara automatiknya bergenang. I miss my mum so much. Hanya Allah je yang tahu perasaan sebak. Bukan senang tau nak bersalin. So, kaum lelaki, jaga isteri dan ibu anda baik baik. Inilah nikmat hidup di dunia bila berkahwin. Anak itu satu anugerah.

Selesai jaga ibu bersalin, selepas beberapa minggunya kami jaga wad paediatrik (wad kanak kanak). Bukan senang ya nak mengendalikan wad ni. Antara cabarannya adalah kesabaran. Yes, patience. Aku memang salute kepada staf staf yang berjaya menjalankan tugas di wad ni. Aku memang suka budak budak. Tapi kalau tahap nak start kerja, agak payah. Macam macam helah nak check mereka ni. Setiap kali kita kena mulakan dengan pendahuluan. Yes, mesti. Kalau tidak, kita akan di jadikan target 'stranger'. Kanak kanak tak suka stranger berbaju putih. Huhu! So, good luck la cik Rozi kalau awak di transfer ke wad ini!

Kemudian ada lagi satu pengalaman aku mengendalikan pesakit aku di cubicle acute. Cubicle acute ni biasanya pesakit yang agak serius kesihatan mereka. One of the patient was very ill. Tak bergerak dan terbaring kaku. Time ni masa aku year 3. Pakcik tu di jaga oleh anak perempuan dia. 3 hari aku jaga pakcik tu. Sampai hari ke 3, pakcik tu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. LO (last office) done. Ini adalah pengalaman ke 2 aku memandikan dan mengkafankan mayat. Kali pertama buat procedure ni, aku takleh tido. Huhu. Tapi kali ni aku menyedekahkan Alfatihah pada arwah. Selesai je, anak perempuan dia terus peluk aku sambil nangis nangis. Sebak jadinya. Aku biarkan je dia nangis. Hanya perkataan sabar je mampu aku kata time tu. Lepas settle  procedure aku terus pergi toilet. Nangis puas puas. Sedih. 3 hari aku jaga pakcik tu. Of course terasa kehilangan dia. Alfatihah. Semoga arwah di tempatkan di sisi Allah SWT.

Overall 3 tahun aku jadi student nurse, aku rasa sangat bersyukur pada Allah. Baru aku tahu, nurse bukan scope pekerjaan yang tak bernilai. Di sini aku menyaksikan permulaan hidup seseorang insan dari mula baby di lahirkan sehingga aku sendiri memandikan dan mengkhafankan pesakit yang telah meninggal dunia. Besar sungguh rahmat yang aku terima. Terasa sangat kerdil diri ini. Alhamdulillah, Allah memberikan apa yang kita perlukan bukan yang kita inginkan. And I love you mum and dad! Terima kasih sebab jaga Rozi dari kecik sampai besar. Thank you kak Iza, tanpa akak, Rozi takkan tahu SPA. Kuikuikui..

Being a nurse is very grateful. Pahala orang yang menjaga serta menziarahi orang yang sakit sangat besar. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” - (HR Bukhari & Muslim)

Renungan bersama:

*“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” - (HR. Bukhari-Muslim)


*Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

*Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” - (HR. Muslim)

With that, tamat sudah himpunan 3 tahun belajar dan mengendalikan pesakit selaku pelatih. Insyaallah bulan September ni baru masuk kerja. Dengar kata batch kami ramai yang dapat Sabah dan Sarawak. Lup Dup Lub Dup. Adakah aku tergolong dari kalangan itu? Doa doalah dapat negeri sendiri. Huhu.
Tq for reading! Post yang paling panjang selama mengarang blog.
Wish this nurse-to-be success in her life, Aminnn~
Wassalam.

24 comments:

  1. nice post. penuh pengisian. bnyak pengalaman. selamat menjalankan tugas selepas ini :)

    ReplyDelete
  2. selamat bekerja..wah..tahniah..slmt berkhidmat untuk negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih Thirah :)
      nanti kalau jumpa kat hosp jgn lupa tegur ea..hihi :D

      Delete
  3. waa.. selamat berkerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih oOpEt :)
      cik rozi tengah tunggu surat lapor diri ni..hehe

      Delete
  4. hye dear..igt kite tak? kite dak KKM masterskill, student famasi..yg baru habis induksi same2 mase tu, hehe..xsangka jumpe blog awal XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat ingat! yang main carrom n induksi hari tu kan? best belog! anda telah di follow! hati hati..hehehe.. mcmne bole jumpa blog cik rozi? skodeng ea..huhu.. salam ukhwah kawan!

      Delete
    2. betoll, yg ade 2 org muke same tu..hehe, entah..kite blogwalking mlm td, then terjumpa, hihi..

      Delete
    3. qea dah dapat surat perlantikan ke?

      Delete
  5. wahhh, post yg sangat informative.. if u ask me to rewind all these i probably not have a good memory..haha anyway, congrats rozie sebab dah selesai menjadi student.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak dayah! after this kena jot down keje keje yang interesting kat wad tU. moh kita berkongsi pengalaman :)

      Delete
  6. hye cik nurse to be :D
    macam meriah plak tgk jd nurse ..hope success selalu ye ..
    follow kamu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye cik sHimi sHinHae! memang meriah! HeheE :D
      time kasih, semoga kamu juga success dlm bidang yg di pilih tau!

      Delete
  7. hailow nurse! saya sakit hati! tlg rawat saya boleh? :p

    ReplyDelete
  8. hehe takot nk jd nurse sbb takot darah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula takut la jugak. tapi bila lama lama, asyik nak cucuk org je kijenye..hihi..

      Delete
  9. ala sweetnye <3 simpan lagi gambar2 lme

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, mengimbau kenangan. adik rindu semua..hekhek!

      Delete
  10. hahaha xsgka ni blog kak rozi...miss u la sis...wpun knai kjap ja tp awk rock!!!yeyeh...miss u sis...thumbs up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih adik 'Atiq! Kamu rock jugak. Yeyeah!!! ehehe.. tapi kejap, jgn mara ea..adik kenal kak rozi dari mne? lupa =.=''

      Delete

Terima kasih..! Jemput komen lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...