Bismillah...
Cuti sementara menunggu dipanggil lapor diri di mana mana hospital di Malaysia kini terisi dengan bahan bacaan yang melambak kat rumah. Tak tipu, memang melambak! Tapi sekarang dah susun :) Tq buku. At least taklah aku duk mengunyah non-stop hingga ukur lebar pipi increase dari hari ke hari sambil buat mata stim nak tido. Anyway, nak cerita serba serbi buku yang duk aku baca hampir sebulan setengah ni.
Novel 1511H adalah bermaksud tahun 1511 Hijrah. Takda kena mengena dengan buku add math adik adik yang nak amek SPM. Sekarang 1433 Hijrah. Long way to go nak ke 1511 Hijrah kan. Kalau siapa siapa yang hanya baca tajuk kulit buku, mungkin ingat ni cerita pasal sejarah negeri Melaka. Kompom segelintir je yang nak beli. Betul tak? Tak betul? Ok fine.
Buku ni cerita pasal masa depan. Yup, futuristic genre. Bermulanya prolog pertama novel ni, aku jadi a little bit blur. Mungkin sebab atas faktor faktor masa depan yang tak tercekau dek otak. Cerita ni mengisahkan tentang kekuatan umat Islam menentang para manusia yang menentang agama Allah. Lebih detail, Amerika dan sekutunya. Peperangan yang unexpectable, unpredictable and all the table table. Cerita ni macam sains fiksyen. Ada cyborg, serangga peranti, supersonik bahan letupan yang canggih manggih manggis dan mengkudu, high technologies dan macam macam lagi. So memang interestinglah. Kemuncak cerita ni memang awesome. Bayangkan Islam kalahkan musuh musuh Islam! Ia membangkitkan semangat kesyahidan dalam menegakkan semangat cintakan agama. Dan lebih menariknya, Islam akhirnya berjaya menguasai negara negara Eropah seperti Moscow dan menguasai Washingston. Something that is not impossible to happen kan?
Buku ni cerita pasal masa depan. Yup, futuristic genre. Bermulanya prolog pertama novel ni, aku jadi a little bit blur. Mungkin sebab atas faktor faktor masa depan yang tak tercekau dek otak. Cerita ni mengisahkan tentang kekuatan umat Islam menentang para manusia yang menentang agama Allah. Lebih detail, Amerika dan sekutunya. Peperangan yang unexpectable, unpredictable and all the table table. Cerita ni macam sains fiksyen. Ada cyborg, serangga peranti, supersonik bahan letupan yang canggih manggih manggis dan mengkudu, high technologies dan macam macam lagi. So memang interestinglah. Kemuncak cerita ni memang awesome. Bayangkan Islam kalahkan musuh musuh Islam! Ia membangkitkan semangat kesyahidan dalam menegakkan semangat cintakan agama. Dan lebih menariknya, Islam akhirnya berjaya menguasai negara negara Eropah seperti Moscow dan menguasai Washingston. Something that is not impossible to happen kan?
Kandungan cerita ni banyak mengunakan bahasa atau istilah yang aku kurang fasih dan memang tak terer nak bagi definasi. Di sebabkan ilmu aku yang cetek lagi mahu diisi, aku lebih prefer tanya orang yang lebih berilmu untuk tahu kebih lanjut mengenai perkara yang meragu ragukan tu. So, aku berminat nak tahu apa itu golongan 'Futuwwah' yang diwawarkan dalam novel ni. Futuwwah dalam novel ni di definisikan sebagai etika atau juga kekesatriaan spiritual dengan ciri ciri tertentu. Sense of curious timbul. Kalau boleh nak tahu lebih lanjut. Term yang baru untuk aku, of course. So, as the result akhirnya aku dapat tahu Faisal Tehrani adalah dari penyokong Syiah. Sumber ni aku terima dari member aku yang dok study kat sekolah tahfiz. Syiah? Why so sudden kaitkan Syiah dengan karya Faisal Tehrani? Why and what is the problem with this topic? Ok, aku tak nak mengulas panjang. Cukup sekadar aku berkongsi ilmu.
Korang tahu apa itu Syiah? Ayat mudah. Syiah ini menolak khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan hanya menerima Saidina Ali Karamallahu Wajha sebagai satu satunya khalifah. Golongan ini juga menolak 4 mazhab (Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafie) serta menolak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ok fullstop. Tak nak cerita lebih. Boleh tengok link kat bawah ni dan sekiranya korang nak tau lebih, korang boleh berjumpa para ustaz atau ulama' sebagai rujukan. Ingat, ilmu perlu di kongsi bersama :)
Korang tahu apa itu Syiah? Ayat mudah. Syiah ini menolak khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan hanya menerima Saidina Ali Karamallahu Wajha sebagai satu satunya khalifah. Golongan ini juga menolak 4 mazhab (Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafie) serta menolak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ok fullstop. Tak nak cerita lebih. Boleh tengok link kat bawah ni dan sekiranya korang nak tau lebih, korang boleh berjumpa para ustaz atau ulama' sebagai rujukan. Ingat, ilmu perlu di kongsi bersama :)
As a sister yang sangat baik dan comel terhadap adiknya, aku bergegas menge'chat' adik aku yang jauh diperantauan. Aku harap nak sampaikan berita tergempar ni kat adik aku sebab dia selaku pembeli novel Faisal Tehrani dan dia patut tahu. Ni jawapan adik aku,
"I already know he was a Syiah. Sekurang kurangnya ilmu dia tu bermanfaat. Ambil yang baik, buang yang keruh. Jangan risau, buku tu kan dah selamat ditapis. Siap menang award lagi. Den belikan buku tu untuk dapatkan semangat mujahidah. Cuba menilai diri layak ke menjadi insan terpilih memegang panji hitam yang dijanjikan Rasulullah SAW. Segala yang lain tu sekadar maklumat tambahan bukan untuk di telan secara bulat bulat. Kalau ada pertentangan, cari jalan penyelesaian".
Huhu, gugup sebentar aku.
Mengikut novel 1511H ni, ke'syiah'an tidak jelas kelihatan. Tapi kalau further buku buku dia macam novel Perempuan Nan Bercinta, maka berhati hatilah saya. Rasanya cukup buku 1511H dan buku 1515 dari Faisal Tehrani. Pada peminat Faisal, maafkan saya. Bukan bermaksud ingin menjatuhkan beliau. Tak salah baca, cuma aku tidak sehebat kamu kerana aku khuatir imanku boleh tergugah. Ini hanyalah pandangan insan berkerdil bernama AKU.
*Ya Allah, tetapkan imanku :'(
Wallahu'alam..
Wah bagusnya insan yg suka membaca ni... mesti banyak ilmukan... tapi OKje kurang suka membaca lagi-lagi kisah cam tu......
ReplyDeleteApepun tahniah! bagus! teruskan minat tu...
Terima kasig OKje. cik Rozi tak banyak ilmu lagi. Masih mencari cari dan menambah dan takkan habis sampai bila bila. cik rozi biasa biasa je, cuma minat baca buku buku genre gitu. tapi kan bagi cik rozi lagi banyak kita belajar, lagi banyak benda yang kita tak tahu. Tq OKje, at least kamu juga sedang menambahkan ilmu :)
Deletefollow sini .
ReplyDeletejemput lawat @ appledahyun.blogspot.com
mekasih yoo da-hyun. korea kn? pandai cakap melayu. Hebat. :P
Deletepenulisan faisal tehrani memang terbaek oOo...
ReplyDeleteoh, cammtu ea? tertrik tp xberani la pulak.. ~.-
ReplyDeletetertarik dengan buku ni ea? tp kalau tak berani, jangan baca la >.< hehe
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBenar apa yang dikata adik akak tu.Tapi,membaca juga boleh mempengaruhi fikiran seseorang.Macam mind control.So,hati-hati.Btw,amik yang baik,abaikan yang buruk.
Jangan sekali-kali baca,kalau penulisan itu boleh me'mind control'kan kita. ^^
Waalaikummussalam Serikandi Wyna..
DeleteBetul, rozi sokong. Membaca boleh mempengaruhi fikiran seseorang. Biarlah yang terpngaruh tu benda yang baik. Amin~ Tolak tepi yang buruk. DUSH!! Sebab tu lah belajar ni kena ada guru. kita tak boleh belajar dengan buku semata mata. Kan kan? Mekasih Serikandi Wyna sebab bagi pendangan :)
Pok nik sokong..bacalah benda yang ilmiah tak kira ianya dari bangsa atau ugama apa sekali pun..
ReplyDeleteMekasih Pok nik. Moga kita dapat iktibar dari mana mana sumber ilmu dan semoga kita mempraktikkan yang baik je :)
Deleteyeah!! this awesome..mmg cite ni antara cite2 futuristik yang best giler...n it also one of my favourite novel~
ReplyDeleteyeay!! *semangat betul!* hehe
DeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
terima kasih dan salam kenal outbound :)
DeleteAssalammualaikum rozi.
ReplyDeleteMemang tiada satu pun kebetulan kat dunia ni.
Actually, lana baru nak berjinak2 dgn karya FT ni..novel 1511H ni, dah lama dalam pasaran kan..tiap kali gi mph, memg salu nampak karya2 dia..tpi masih teragak2 sbnrnya.
Sampai lah jumpa komen seorang yang berbangsa India, tentang novel Perempuan Nan Bercinta(PNB).. dan tahu tak, ada sesuatu tentang komennya yang buat lana rasa, memang kena beli novel PNB ni..dan ad satu lgi novelnya yg diharamkan JAKIM.
Sebagai pembaca, kita kena bijak mentafsir sbnrnya..pilih mana yg baik, tinggalkan yg kurg baik..kita kena buat analisis sndiri.
Sebelum ni,lana prefer penulis isa kamari.. thanks for simple sinopsis ni.. bertambah tertarik nak mengenali FT.. ^_^
Waalaikummussalam Lana. Terima kasih singgah, baca dan comment entry yang tak seberapa ni. secara ikhlasnya, rozi tak kenal pon siapa FT. lepas baca bku 1515 (sejarah melaka) masa form 5, baru rozi minat penulisan FT. Anyway, terpulang pada hak individu untuk menerima atau menolak. Betul kata Lana, kita kene bijak mentafsir dan juga kalau ada rasa ingin tahu mungkin boleh minta pendapat orang lain. mana tahu, kita salah tafsir kan :)
Deleteterima kasih bagi pendapat. pasal novel PNB tu rozi taknak komen panjang. terpulang pada hak individu :)
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini ^^
ReplyDeletesama sama cik sakura ;)
Delete^^
Deletesalam kenal #272
ReplyDeletesalam ukhuwah cikji :)
Deleteyup, hati2 dgn apa kita baca.. bole terpengaruh tanpa sedar ^^
ReplyDeletebaik encik caliph :) saya akan lebih berhati hati lagi :)
Deletemesti awesome kalau dorang jadikan movie based on this novel~
ReplyDelete:)
Deletewowww. macam best je. df tak penah pulak bace huhuh
ReplyDeletebest best.. dipersilakan untuk membaca :)
DeleteKalau ada depan mata nie memang capai baca dah.. hehe. Bukan dalam membaca je semua segi kita kena berhati2 untuk mempercayainya bulat2. :)
ReplyDeletebetul tu cik Aida Omar!
Delete