Pages

Saturday, 12 May 2012

Buy Online --> Save!

Bismillah..

Semenjak dah ada Maybank2u ni mulalah si tangan ni menjalar menekan papan kekunci mencari barang barang murah kat laman sesawang. Pada yang beginner macam aku ni, memang takut nak beli barang kat internet. Aku adalah antara manusia yang ragu ragu nak transfer apa apa bahan berkaitan harta pusaka milik aku. Tapi perasaan ingin tahu dan ingin mencuba memang tersemat di liver dan intestine aku. Mana taknya, kakak aku pelanggan tetap pembayar bil jenis moden. Bayar je kat laptop. Maunya aku kopak laptop dia. Kaya aku. hehe.. tipu je..

So berbalik pada bahan elektronik ni, sebenarnya ada je kelebihan dan kekurangan. Maka berhati hatilah saya dan anda sekalian. So far, Alhamdulillah. Urusan di permudahkan. Nak bayar bil internet, topup yang dok habis sakan, meninjau elaun tiap tiap bulan masuk, transfer kekayaan pada insan tersayang, my family :) Semuanya di lakukan di rumah. Hebatnya zaman sekarang. Hinggalah satu tahap, shopping dan berbelanja di depan skrin lappy! Tapi itu tidak bermakna la masuk skrin ni gi Jusco. Haha. Kene shock aku ngan karen ni.

Story nak habak adalah berkaitan shopping melalui internet. Some kind of sale. Kalau dulu, orang sale guna loceng dari rumah ke rumah. Nak kan perhatian kan. Bila da up sikit, wat loudspeaker kat shopping mall or etc. Pastu, iklan kat TV or radio. Maju lagi, dia keluar versi internet kat rumah je. Kesimpulannya: Dari rumah ke lappy anda. Ok, aku buat cerita je. Jangan percaya sangat. Aku bukan shopaholic. Cuma makan-holic! Ho ho ho! Bukan Horlick tau. Aku tetap setia dengan Anlene. Hihi..

Point yang aku nak cerita adalah, KAMI SHOPPING MAKANAN!! Sound absurd. Shopping makanan di sini adalah melalui kaedah bayaran melalui pihak ketiga, iaitu Mr Internet. Ia bermula apabila sedang aku menelek nelek harga murah kat satu laman web ini. Korang pernah dengar Restoran Pak Hailam Kopitiam, kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS)? Siapa yang duk selalu nak balik kampung ke selatan, tahu lah. Pada yang tak tahu tu, restoran ni ada banyak cawangan. Korang boleh je google kalau nak tahu lebih lanjut. Ni adalah kali pertama aku untuk mencuba membeli barang kaedah electronik dan tak tahu pon apa akan berlaku selepas ni. Antara duit yang aku transfer burn atau sebaliknya. Lepas je aku klik, dan beli. Seminggu lepas tu aku check email. Aku terima resit pembayaran dan resit untuk menebus kupon ni kat Restoran Pak Hailam Kopitiam. Seperti di bawah.



Saya bersama si dia!

Inilah si gadis cantik molek, Cik Maznie Ahamed!
Di sinilah tempat yang bakal memenuhkan ruang gastrointestinal tract (GIT) selepas menelan segala apa jua makanan yang di hadap. Buku menu ada kat bawah tapi sorry la lupa nak zoom in sebab kami tak payah order dah. Kupon dah tersedia! Yeay! Menu hari ni adalah Kari Laksa, Mihun Goreng bersama Kari Ayam, Wantan Goreng, Bot Buah Buahan bersama Aiskrim dan dua Teh O Ais Limau. Pakej lunch untuk 2 orang.


Pada aku, harga dia memang berbaloi. This whole meal only takes up to RM24.50. Harga asal around RM40 lebih kurang. Lebih dari seribu orang yang beli kupon ni masa kat dalam internet hari tu. Mungkin jugak mencecah 2000. Bila ramai orang dah gila dok beli, maksudnya memang harga ni berbaloi kan? Tak gitu cik readers? 

Kami menikmati setiap juadah yang di sediakan. Alhamdulillah, kekenyangan. Tabik ini kedai! Good service! Good taste! And good place! 
Jom tengok gambar sebelum menamatkan sesi ini. Enjoy!

Wasalam!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..! Jemput komen lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...