Pages

Friday, 5 August 2016

TIME FLIES LIKE A FLIES.

Assalamualaikum.

Lama sangat rasanya tak jenguk citer dongeng kat sini. 4 years gone since last time update benda merapu masa 2013. Wow, cepatnya masa berlalu. Syukur masih wujud tuan rumah. Hihi. Bukan takat bersawang, dah jadi lalang dah tempat berteduh ni.

Alhamdulillah semenjak bergelar pekerja.. many things get settle down dan ada juga yang settle up. Kikiki. Mana yang kecundang tu memang tak bole buat apa la. Haha. Rindu rasanya nak menaip semula. So sepanjang 4 tahun la blog ni dibekukan atas sebab tak munasabah apatah lagi munasarawak. Need fresh air I guess. Since last time, aku banyak mengarut dalam blog ni. Bila baca balik..duk geleng geleng kepala baca ayat merapu macam duhhh...

But I guess the new me still the old me. Surname still the same . Haven't change yet. Well, masih bertapak di negeri orang. Bekerja di tempat yang sama dari 4 tahun lepas. Plan untuk transfer tu semestinya ada. Unless, tukar plan jadi orang Sabah. Demm. Kena reject lol. 


Life now.
4 tahun dah kat tempat orang belajar macam mana nak berdikari. Plan your own life. Makes yourself useful for your own benefit like helping each other out and learn something from them as advance. At least dapat la belajar nak survive. Padahal, member baik satu daerah, satu hospital, satu rumah, Kahkah. Berdikari la sangat. Clingy to close people sometimes. Itulah gunanya kawan. Kan Husna :)

So sepanjang masa di sini, terberanaklah makhluk makhluk bulus yang halus yang kulus. Dari 2 ekor kucing (male female) menjadilah gedebushhhhh 13ekor hasil perkahwinan consanguinity dan non consangunity. Demm you Tam. Punca segala-galanya. So, plus 3 ekor kucing pungut jadilah 16 ekor. Honestly, aku pon tak percaya aku able to bela mereka semua hampir 3 tahun+. So, I'm living with the cats in the hat. Nilah teman bercakap bila cik kawan tu takda kat rumah. Dan doranglah teman makan selantai bila kerusi takda. hihihihi.. Story dorang akan di 'up' bila aku ada mood yang luar biasa macam sekarang ni. 

Future life.
Yang tu aku kena beli mesin masa kalau adalah. Kalau takda aku tunggu jelah masa tu datang.
It nice to pass and bye you all eventhough no one cares your blog anymore. HAHA.

Thursday, 25 April 2013

AIDS

Assalamualaikum

Dear community sekalian. Since aku jaga patient AIDS few days ago, aku jadi tergerak hati nak story pasal penyakit misteri yang tak berapa orang suka ni. Bila ramai orang citer pasal sakit ni, ramai yang nak menjauhkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik ini. Jadi sebagai kelompok kesihatan aku rasa magnet nak story jadi kuat. Conclusionnya, bagi aku masa untuk cite.

Ramai orang tahu AIDS ni bahaya. Tapi kome kome tahu ke AIDS tu maksudnya ape? Yang duk angau translate Aku Ingat Dia Sahaja. Amboi. Kalau orang kampung kata sakit orang hisap dadah. Urm..terpikir pikir. Even yang luar dari health sciences pon tahu. Sebab apa? Sebab banyak membaca. Bagus. Acquired Immune Defiecincy Syndrome tulah AIDS. Berbelit lidah Makcik Rogayah. Tapi berapa ramai yang tahu AIDS ni sebenarnya tersebar melalui channel apa. Of course bukan channel TV la. Macam mana if korang jumpa sapa sapa tepi jalan ada serupa dengan simptom penyakit ni. Haa.. nak bawak p hospital ke nak bawak diri jauh jauh?


HIV dan AIDS? Sama ke?
AIDS akan jadi selepas HIV serang. Maksudnya di sini, selagi HIV tak wujud dalam badan seseorang, selagi tu AIDS takkan wujud. But kalau HIV dah retain dalam badan, AIDS akan menyusul kemudian. It may takes TIME. Mungkin ada yang beranggapan HIV dan AIDS sama. As I know, they are look alike. Mungkin sebab pandangan masyarakat kita terhadap penyakit ni. HIV adalah Human Immunodeficiency Virus iaitu virus yang menyerang dan merosakkan antibodi tanpa pesakit itu sedari. Sebab tulah saya cukup benci musuh dalam selimut #Err..

Apa punca AIDS? 
Well ianya tidak akan berlaku sekiranya ada contact skin to skin. So don't worry. Bukan juga disebabkan gigatan nyamuk miang. Nyamuk takkan kena AIDS since dia takde antibody. Nyamuk pon takda masa nak carry virus ni sebab dia pon nak hidup lama. Barang yang disentuh mereka pon takkan membahayakan kita. Tapi ia akan bernular sekirannya berlaku sentuhan kecundang. Aik? #krik..krik..

AIDS berlaku sekiranya berlaku proses:

1: Mengawan antara pasangan yang sudah ada HIV.
2: Drug addict *Ini bukan merujuk pada pharmacist ok.* 
3: Budaya pinjam meminjam yang berleluasa. Budaya ni bagus tapi sangat tak bagus bila berkongsi jarum sesama masyarakat. Padah kalau bagi pinjam tak bertempat. Mungkin atas sebab tak cukup duit nak beli jarum baru. Anyway, gov tidak akan meluluskan bajet ini.
4: Ataupon selepas hasil daripada nombor 1, dia mendapat cahaya mata dan kemudian anak yang di kandungnya menerima padahnya. Kes macam ni sungguh menyedihkan sebab yang menerima akibatnya adalah anak yang bakal dilahirkan. Sob sob sob..

AIDS tidak akan berlaku kiranya anda menderma darah atau menderma organ, jadi usah risau. Sebab proses menderma semua adalah sterile. Bebas dari kuman. Inshaallah. TETAPI, AIDS boleh berlaku sekiranya anda penerima darah. Sebagai contoh, lepas bersalin tumpah darah. Blood transfusion diperlukan. Ada potensi darah yang diberi mengandungi HIV virus. TETAPI, jangan risau..darah yang disalurkan semuanya telah di screening. Ditapis sebelum diluluskan oleh makmal yang bertanggungjawab. So far tak pernah ada kes darah HIV masuk dalam badan pesakit. Jadi jangan risau. Percayalah kami sebagai ahli kesihatan :)

Gejala AIDS
Bila kita citer pasal luaran pesakit AIDS ni mesti kita gambarkan golongan ni golongan yang bermuka cengkong, warna kulit berubah jadi gelap sedikit demi sedikit, tulang temulang sume nampak sangat ketara. Especially kaki, tangan, dan dada. Yes, betul. Sebab mereka akan mengalami perubahan yang ketara dari segi berat. Itu yang ketara bagi aku la. Yang lain sume macam demam, rashes, sejuk, hilang selera makan dan seangkatan dengannya. Tapi kalau tengok National Geograhpy dan notice ada orang Afrika yang malnutrition jangan kabo dorang pon kena AIDS. No no no.

Jadi apa treatment AIDS?
Sejujurnya, AIDS tidak boleh diubati buat masa ini. Yang ada hanyalah ubat untuk melambatkan proses penyakit ini dan meningkatkan jangka masa hidup pesakit itu sendiri. Ubat yang selalu doktor prescript adalah HAART. Iaitu dalam bahasa omputihnya highly active antiretroviral therapy.  Ia adalah gabungan drug untuk melawan virus ni. Korang g la google sendiri ea. Walaupon ubat ni tak 100% menyembuhkan tetapi at least ia berjaya mengurangkan sedikit demi sedikit virus ini dalam salur darah pesakit HIV/AIDS. Apa apa pon Allah itu Maha Berkuasa, hanya Dia yang layak untuk menarik nyawa seseorang. 

*Kepada sesiapa yang nak berkahwin tu, jangan lupa buat HIV screening tau! Jangan buat buat lupa. Nanti anda juga yang merana. Pesanan khidmat masyarakat ^_^

#After take care sorang patient AIDS, akhirnya aku demam yang berlarutan hingga ke hari ini.  Hope cepat cepatlah demam ni pergi.

Friday, 19 April 2013

I'm Back

Assalamualaikum!

Hey guys. Lamanya tak duk godek godek blog ni. Since oktober lepas baru rasa tergerak nak hadap blog. rasanya dah kontang idea nak cerita apa. Time student dulu bole lah rajin update blog. Da kerja tak hinggat doh sume ni. Rasa banyak sangat komitmen :P Jadi aku tulis je lah apa yang terlintas dalam pale otak aku ni ek. 
...................

Kalau korang nak tahu semenjak duk jadi nurse ni baru rasa macam macam tanggungjawab kita kena take over. Bayar kereta, bil api air, makan minum, sewa rumah, duit poket, simpanan peribadi dan tak lupa mama dan papa. Selama ni mana nak rasa bayar hutang. Paling paling pon bayar duit tenet masa student dulu. Tu pon tak berapa nak rasa sangat sebab kongsi ramai ramai. Dah makin berusia, rasa makin banyak benda nak kena buat. Ni belum kahwin lagi ni. Klu kahwin doh...guane la agoknye yek? 

Alkisah bekerja di wad NICU dan PICU.
To be true is bila ditempatkan di wad yang tak pernah posting time study dulu actually ia menjadi satu kepayahan bagi seorang nurse yang baru  melangkahkan kaki ke arah kerjayanya. For real. Baru kerja dua minggu, aku dah ter'dislodge'kan ETT (endotracheal tiub) / tercabut tiub saluran pernafasan pesakit. Dua kali pulak tu. Mujur takde sape yang goal. Trauma giler! Tapi dalam masa yang sama kerja kat unit rawatan rapi (ICU) adalah satu kelebihan di mana bukan semua orang dapat peluang bekerja di unit khas. 'Ayat  semangat untuk diri sendiri'. Alhamdulillah, atas bantuan semua pihak cik Rozi berjaya survive walaupon macam give up je nak continue keja kad wad =..=

Sepanjang aku kerja 6 bulan, aku dah rasa bekerja di wad NICU (neonate) dan PICU (paediatric). Bukan suka suka je mintak exchange wad. Bekerja di bawah unit khas. Orang panggil Retrieval Unit. Hanya 2 hospital di Malaysia yang ada unit ni. First, kat Perak dan second kat Likas and I'm one of the member. Retrieval adalah retrieve / transfer patient keluar atau masuk ke hospital lain ke hospital lain. Macam contoh, dari Hospital Likas nak ke IJN (Institut Jantung Negara). Haa, retrieval punya kerja la tu. But then aku minta keluar dari unit ni and begging for ward staff only. Haa..begging la sangat. Seronok dah kerja wad. Dah nak genap 6 bulan kena attachment kat NICU dan PICU. Actually ni adalah pengalaman yang sangat precious since aku baru kerja. Banyak input dapat. Moga ia bermanfaat untuk diri ini. Mana taknya, disebabkan aku masuk retrieval la aku dapat join Basic Life Support (CPR) dan NRP (Resuscitation Baby). Seronok sangat. Mungkin aku bole kata aku beruntung dapat masuk retrieval. Alhamdulillah. Orang kata masuk wad special gini memang menguji. Yes true. Anyway, aku enjoy ngan kerja aku, Hope patient sume bole balik lepas aku take care dorang kat wad. So far aku handle 8 kes kematian sepanjang bekerja. Jadi, jagalah nyawa anda. #tibe-tibe

Sejenak..
Dok jauh dari family kekadang membuatkan hati ni macam takde feel je nak continue kerja sini. Tapi sebab rasa tanggungjawab dan amanah, kena carry on. Aku tak mintak transfer balik semenanjung sebab nak rasa negeri orang tapi dalam masa yang sama aku rindukan negeri sendiri. Dilema gila. Mungkin sebab ada cik Husna. Kalau takde dia rasanya aku dah merayu nak balik Melaka. Mungkin time aku menaip story ni  dah menitis air mata. Sadis gila.

Rozi sangat merindui masakan mak. Rindu sangat sambal mak. Takda tolok bandingnya. Rindu asam pedas abah. Teringin nak kuar ngan adik beradik sume. Nak kaco anak buah pon tak dapat. Mujur Alya dan Asyraf ingat Mak Tam dia yang kiut ni, Hihi.. Tapi kalau dah ditakdirkan aku dok menetap lama kat sini. Adalah tu sebabnya.. jeng jeng jeng!!


Monday, 3 December 2012

Kembali Berkarya!

Assalamualaikum dan selamat kembali cik Rozi! Setelah blog ditinggalkan selama hampir 2 bulan selepas bergelar staff nurse. What a suprise! Aku dah kerja! Aku dah kerja!

So, aku tetap aku. Si hyperactive apabila glucose mencacak naik. Si pendiam bila lemak hangus terbakar. Things here become more comfortable day by day. Alhamdulillah. Sabah dengan Melaka memang la tak jauh kalau nak dibandingkan Sabah dengan Perlis tapi dah naik gila nak balik kampung ni. Sangat merindukan insan tersayang bergelar parents, adik beradik, anak anak buah dan semua kawan kawan kat semenanjung. Satu pengalaman yang sangat baru setelah dihantar jauh untuk mencari rezeki. Pengorbanan demi mencari sesuap nasi. Ececeh, macam dahsyat sangat je story aku ni. 

So disebabkan lama sangat aku tak update blog, aku rasa banyak sangat cerita aku nak story. Dari mula aku ke LCCT sampailah ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Gila sadis story aku ni. Yea, I missed a flight. Anyway, aku percaya semua itu ada hikmahnya. Burn RM300. Sabar sabar~

Kat sini, aku tinggal dengan housemate time study kat Cheras dulu, Cik Husna. Kiranya kami tinggal serumah lagi la ni. YEAY!! Dan nak dijadikan cerita gempak, kami sama sama mintak kerja KL and lastly bumped each other kat Sabah. YEAY!! Yang lagi bestnya kami kerja satu hospital. YEAY!!  Bertambah menariknya aku dan dia sama department. YEAY!! Kami dapat wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Just apa yang membezakan wad kami adalah tahap kritikal NICU. Aku level 3 (sangat kritikal), Husna level 1 (kurang kritikal). Tapi jangan risau, sebelah je pon. Memang orang kata jodoh kami panjang la. Nasib baik abang dia dah kahwin. Haha. Ok ok, melalut pulak. 

Aku berkhidmat di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (HWKKS) atau nama lama dia Hospital Likas. Seramai hampir 300 intake nurse kat Sabah ni. Dan boleh kata cecah 600 orang kena hantar Sabah Sarawak. Rasanya kami intake new staff yg paling giant. Dari kolej aku hanya ada 10 orang ja. 2 out of 10 je yang dapat Hosp Likas. 8 member aku yang lain sume dapat Hosp Queen Elizabeth II. Dan 2 orang yang bertuah tu adalah aku dan Husna. Such a coincidence! Alhamdulillah. Allah dah aturkan segala galanya. Memang makin bosan la aku tengok muka dia tiap tiap hari. Dan aku rasa dia pon same. Hahaha. Bekerja di sini sedikit sebanyak membuka pandangan mata tentang negeri orang. Betul bila ada orang kata, "Makin jauh kita melangkah, makin banyak pengetahuan kita dapat". Just for information, kat sini melambak KFC. #Saja nak habaq :P

Apa yang menarik di Sabah adalah:

~Panorama langit kat sini. Aku tak tahu kenapa aku nampak ada perbezaan awan antara semenanjung dan Sabah. Ke aku sorang je yang rasa macam tu?

~Second, laut kat sini. Seluas mata memandang. Memang panorama kat sini mengetuk ngetuk poket meminta segera dibeli Mr DSLR. Uh, sabar sabar! Tak lama ti gaji le tu. Nak beli Canon ke Nikon ye. Ce drop kan idea sikit ^^

~3rd things here adalah keadaan cuaca yang agak berbeza di bumi Melaka/ semenanjung. Nak kata jakun tak jugak. Orang kata macam 'whether shock' kot. Cerita benar, seminggu pertama di sini aku demam. Mungkin sebab tak biasa dengan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan. Lagi lagi bila duk dalam wad yang sejuk dan meluru keluar parking yang panas terik. Kat sini, matahari naik pukul 6 pagi. Sunset pukul 6pm. Azan sejam awal. Tido lagilah awal. Kadang kadang pukul 8 dah tido. Paling lewat tido pukul 10 setengah malam. Nak cerita yang malam dia kat sini sungguh mengantuk. Sungguh! And suddenly this word come across, "Orang Sabah tengok berita atau Cerekarama tak malam malam?"

So far, di sini seronok! Sabah memang cantik. Pengalaman ke Tanjung Aru hari tu walaupon sekejap  je singgah hanya semata mata nak tengok matahari terbenam tapi bagi aku, itu adalah pengalaman yang manis. Ye, hampir hampir kena kencing manis. Tak sabar rasanya nak naik gunung Kinabalu pertengahan bulan 12 ni. Doakan segala galanya dipermudah Allah. Semoga selamat pergi dan pulang. Walaupon kat kampung aku Gunung Ledang belakang rumah je, aku tak pernah panjat lagi. Gunung yang jauh pulak aku tempuh dulu. Huhu..tumpang lalu Cik Puteri Gunung Ledang :P

K, nanti aku story lagi pengalaman aku sepanjang proses mengadaptasi diri ke tempat baru ni. Sangat challenging! For real.

Sunday, 7 October 2012

Officially Nurse U29


New update, week ni aku dapat tahu maklumat penempatan melalui laman web kementerian.


Nah, amek! Dapat Sabah. Sedih dan gembira. Dua dua ada. Sedih nak tinggalkan family. Mostly mak dan abaq. Rozi tahu mak bergenang air mata tadi tapi mak tak nangis. Kiranya itu berlaku, mesti Rozi pon turut sama menangis :') Mekasih mak dan abaq. Rozi akan balas jasa mak abaq dengan ilmu pengetahuan yang dibekalkan seawal usia 7 tahun dahulu.

Perasaan happy pon ada sebab Rozi bakal bekerja dan mendapat gaji. Duit ini untuk family kita. Ya, untuk kita. Atas nikmat kesenangan yang abaq korbankan demi keluarga yang besar. Rozi takkan lupa :) Walaupon Sabah tu jauh, moga perantau ini semakin matang di negeri orang. Terima kasih, ya Rabb. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat Rozi. Semoga dipermudah urusan di sana. Aamiin..

Tiket pon dah beli dan alhamdulillah urusan dipermudahkan dengan kehadiran roomate selaku rakyat Sabah. Dia pon dapat Sabah. So, permulaan yang bagus. Sekurang kurangnya dapat meraih semangat dari seorang sahabat. Segala galanya telah ditentukan dan saya terima dengan hati terbuka. Bersangka baik itu adalah lebih baik.

Dengan ini, secara rasminya blog ini akan di tinggalkan buat seketika selama mana cik Rozi tak update. Mungkin berhari hari. Mungkin berminggu minggu. Atau mungkin berbulan bulan lamanya. *walaupon tak ramai yang nak baca entry. haha* Cik Rozi akan busy dengan tugas baru. Teruskan berkarya dengan motivasi dan bukan dengan emosi. Maafkan salah silap saya. Lagi lagi pada siapa yang minat korea hari tu :)

Doakan kejayaan saya di sana sebagai seorang jururawat yang bertanggungjawab, caring (:P) dan semua yang positif belaka :)

Salam ukhuwah dari saya.
Wasalamu'alaikum wbt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...