Pages

Saturday, 21 April 2012

Exam & Posting Mood

Bismillah..

Alhamdulillah, selesai sudah exam akhir Communicable Disease, OSCE (exam practical) dan trial LJM (Lembaga Jururawat Malaysia). What's next? 13hb Jun 2012, LJM!! Exam besar warga jururawat sekalian. Minggu yang agak stress. Salah satu sebab mungkin praktikal malam. Aku yang hantu tido ni kene berjuang demi negara di malam hari. Di mana kamu, kamu dan kamu sedang lelap dengan comelnya. Eeeii, geram! Pengalaman yang baru wat bakal nurse ni. Lepas ni kene train untuk berjaga malam, ye cik Rozi. Haiyaaa..!

Lepas OSCE hari isnin lepas, kitorang ada kelas hari selasa. Dari pukul 2 sampai pukul 5 ptg. Balik dari kelas trus solat Asar dan mandi.  Pukul 7 aku da kene gerak untuk praktikal malam buat pertama kalinya. Letih fizikal dan mental. Brrrpp!

Nak kongsi pengalaman sebentar. Aku di tempatkan di wad 7A Hosp Serdang. Wad ni adalah wad Urology (Wad Buah Pinggang). Actually 2 hari je kije malam. Taklah kronik sangat pon. First day, not too bad. Mata aku masih boleh berfungsi dengan baik. Tak ngantuk sebab aku minum air kacip fatimah sebelum mula praktikal. Hehe.. Merujuk pada kakak aku, air ni bagus untuk tenaga. Dulu, dia pernah jahit baju dari malam sampai esok harinya. Tapi tak tahulah baju tu siap ke tak. Hehe. Gurau je. So, tenaga aku yang terhasil dari air tersebut memercikkan cahaya halilintar. Muahaha.. macam citer Boboiboy la plak. Serius beb! Aku memang tak ngantuk tapi risau gak kesan air ni buat aku tak tido lepas balik kije kang, mahunya terkebil kebil sampai next shift. Tapi alhamdulillah, ngam-ngam lepas naik bas aku terus terlelap. Letih toksah habak. Start kije pukul 9 malam sampai pukul 7 pagi! 10 jam bekerja! Oh no~

The next day, quiet tough. Mungkin di sebabkan side effect kerja malam, badan aku dah letih semacam. First time kan. Petang tu cik Husna bawak aku dan maznie ke rumah dia kat Kajang. Hari ni dia jadi Mummy kami! Masak untuk bekalan shift malam nanti. 15 minit masa perjalanan. Menu hari ni Ikan Masak 3 Rasa! Wee~ tq Husna! Mmg sedap. Pasni boleh da apply kerja jd chef dan aku penge'judge'! Muahaha.. 

Maka bersukarialah kami ke hospital dengan membawa bekalan duniawi masing masing. Sehinggakan terlupa nak pulangkan kunci rumah cik Husna. Kesian dia, disebabkan aku yang hyper dah semakin hypo, Husna terpaksa datang ke Hospital Serdang malam tu. Around 12:40am, dia drive sorang sorang untuk dapatkan balik key rumah. Serba salahnya rasa. Sorry Husna. (.. , ..) 

Suasana hospital di malam hari agak sunyi. Takde bunyi cengkerik. Kebetulan, tengah takde benda nak buat, CI (clinical instructor) aku suruh tolong dia pergi ambil barang kat 6B. Aku dengan Maznie turun naik lif same same. Agak suram lobi tingkat 6. Cuak jugak sebab selama ni pon macam macam dengar cita tentang 'benda tak nampak' ni before masuk nursing. Mungkin tu jugak la sebab kenapa aku tak suka jadi nurse! hikhik! Alhamdulillah dari wad 7A ke wad 6B  takde apa yang berlaku, just ternampak wheelchair tanpa penumpang tersadai kat tepi lobi je. Dalam otak aku ni macam macam dah terbayang. Aiseh, gara gara tengok citer dalam TV la ni. Setel ambil barang patah balik wad 7B. Sebelum sampai kat lif, tiba tiba dengar bunyi pintu wad terkuak. Memang kuat la. Kebetulan pintu tu, pintu yang kami berdua gunakan untuk keluar dari wad. Urm, tapi takde sape pon kat sana. Bunyi tapak kasut pon tak dengar. Kami wat dunno jelah. Muka bukan main cool. Sebelum membelok ke kiri, aku tengok wheelchair tu da takde. Bayangkan pe perasaan aku time tu. Lup-dap-lup-dap. Tachycardia dah. Sampai tingkat 7, rasa lega sikit. Tapi tiba tiba je lepas beberapa langkah lintas surau lelaki, tah macam mana tah, terdengar bunyi air. Macam ada orang ambil wudhu'. Kami melangkah dengan penuh ketenangan. Sampai je wad, baru panik. Kenapa ye pagi pagi macam ni ada orang dalam surau. Bukan surau kene mangga ke lepas pukul 9 malam?? 

Story tu tak di cerita kan pada sape sape pon malam tu sebab taknak mengamatkan suasana. So, time rehat sampai! Kami semua di izinkan untuk berehat lepas pkul 1:30 pagi memandangkan taklah banyak sangat kije time pesakit tengah tidur. Lepas supper makanan Mummy, trus nyenyak.  Rehat punya rehat, tergolek hampir pukul 3 pagi. Wad pon dah macam tempat tidur dah and aktiviti seperti biasa di atur dari jam 4 non-stop sampai pukul 6 lebih. 28 pesakit completed! Observation, IO chart (intake & output-merujuk pada ambilan makanan dan perkumuhan), check glucose + injection insulin, medication, timbang berat, mandikan pesakit, cuci luka, tukar cadar dan nursing care yang lain. Serius! saya sangat letih dan..ZzzZz..dalam bas.
Maka, lepaslah sudah peperiksaan akhir tahun ni! Ganjarannya? Cuti~ yeayy!!

2 comments:

  1. errr seram seyhhh . huhuhu



    takleh amik nursing pasal takleh tengok darah . n "segan" pasal "benda2" tu . huhuhu

    ReplyDelete
  2. "segan" pasal "benda2" tu ek..huhu.. tutup mate! (>.<)

    ReplyDelete

Terima kasih..! Jemput komen lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...