Salam Maulidur Rasul teman!
Bagaimana pengisian Maulid Nabi anda? Moga kita tidak leka dengan pekerjaan duniawi semata mata. Kalau dulu time sekolah, cikgu cikgu akan mengingatkan kita untuk berselawat serta berarak sambil melaungkan selawat junjungan Nabi Muhammad SAW tercinta. Tapi bila dah jauh dari sekolah dan melangkah ke alam yang lebih dewasa jangan di lupa amalan yang telah di turunkan. Ilmu yang ada perlu di gunakan (*ingatan pada diri sendiri terutamanya).
Meh nak kongsi sikit ilmu
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.
Peristiwa Peristiwa Penting Bulan Rabiulawal
1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah (12 Rabiulawal
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul
3. Tarikh Hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah Al-Munawwarah
4. Peperangan banyak terjadi pada zaman Rasulullah SAW di antara tentera Islam dan tentera kafir
5. Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW
6. Abu Bakar RA menjadi khalifah pada hari rasulullah wafat
7. Pembukaan Iraq tentera Islam
8. Pembukaan Baitul Muqaddis
9. Kejatuhan empayar kerajaan Islam Sepanyol
*kredit to buku saya!
Wasiat Nabi Muhammad SAW
"Telah bersabda Rasulullah saw Jibrail sentiasa mengharap harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak ulamak, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan di antara dua orang bermusuh musuhan dan memuliakan jiran serta anak anak yatim. Maka bersungguh sungguhlah engkau di atas perkara tersebut".
"Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun".

No comments:
Post a Comment
Terima kasih..! Jemput komen lagi :)