Korang pernah bersin tak? Kalau ada yg kata tak pernah, makna nya mereka tak berjaya mengeluarkan virus / makhluk asing dr hidung mereka. Maka berpesta-rialah sang microorganisma di dalam hidung mu..huhu..
Kehebatan org yg bersin ni, dia berjaya utk melontarkan ratusan ribu kuman ke udara. Nasiblah kalau terkena nyamuk dan lalat. kurang2 pon mereka akan tercampak jauh atau terbang lebih tinggi berbanding sebelum ni. Kerana setiap bersin yg terhasil, pecutan yg terhasil adalah lebih laju dr kereta yg di pandu di highway yg berteraskan perangkap laju kerana mengikut fakta sains, udara yg terhembus keluar ketika kita mengalami bersin mempunyai kelajuan sehingga 160 km/jam. Jadi tak hairan lah kalu kita boleh dengar jiran sebelah rumah melakukan aktiviri sedemikian.
Pernahkah anda bersin sambil membuka mata? Haha! Kalau pernah, memang salute la!
Jawapan nye, mustahil pada mereka2 yg normal. Kalau yg lepas tu, maksud nye korang....?
Ok berbalik pd soklan di atas. Mata akan tertutup sejuru bersin di lepaskan kerana mengikut anatomi dan fisiologi, tekanan dalam paru2 akan meningkat lalu refleksi otomatis berfungsi sejurus bersin mula terhasil.
Dulu mase aku kat sekolah, penah gak aku terfikir. Betulkah setiap kali bersin, jantung kita akan terhenti? Persoalan ni pernah ku ajukan pada Mimi, 2 tahun. Kucing ku yg sedang meningkat dewasa. Tapi jawapan tetap tidak kutemui sehingga ke hari ini. Tapi setelah kajian menunjukkan bahwasanya, jantung kita tidak berhenti kerana tekanan pada dada saat hendak bersin mengubah tekanan pada denyut jantung membuatkan ia seolah olah berhenti.. seolah olah..bukan betul betul.. olok olok je tu..
Tapi perlu di ingat! Tutup mulut dan hidung dengan tisu kemudian di buang ke dalam tong sampah atau kalau tak sempat nak gapai pape, letak je lengan baju kat hidung + mulut. Takpon tangan kiri dan kanan pastu basuh ngan sabun bagi menyahkan kuman yg ada.
Bagi kita orang muslim, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Allah iaitu "Alhamdulillah" ataupon bermaksud "Segala Puji Bagi Allah" kerana Allah menghindarkan dirimu dari penyakit.. Kadang2 tu 'excuse me'..urm..bagi menjaga hati mereka yg bukan Islam. Dok study ngan International kene gak sebut ni. Tapi utamakan Alhamdulillah ye! Sekiranya kita mendengar orang mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin pulak, makanya kita wajib menjawab "Yarhamukallah" yg bermaksud "Semoga Allah Merahmatimu" :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..! Jemput komen lagi :)