Dia insan bernama TEMAN
Dia insan yang aku kenali sejak menjejakkan kaki di sini lagi. Dan dia juga adalah insan pertama ketika aku menjejakkan kaki di tempat asing seraya memperkenalan diri. Hadirnya tanda ukhwah yang harus di sematkan pada diri ini. Aku menghulur tangan seraya menabalkan dia menjadi rakanku. Hari demi hari yang aku lalui seolah-olah kasih dan sayang makin terjalin. Aku amat menghargai keikhlasan dirinya terhadap diriku. Bersulamkan kepercayaan dan dihiasi tawa menbuatkan aku senang berbicara dengannya. Namun langit tidak selalunya cerah. Lumrah alam akan tetap jua berlaku pabila ribut, petir, panas serta hujan membanjiri halaman bumi. Namun, bumi tetap utuh pada paksinya. Seperti itu jua lah apa yang dialami kita pada musim persahabatan. Namun, dia cukup membahagiakan aku. Setiap cara yang dia lakukan, dia bijak mengatur bicara. Pintar dalam merebahkan suhu yang kurasakan cukup membuatkan aku tidak leka dalam kepanasan emosi. Aku sanjung peribadimu. Aku sering menangisi segala kesalahan, kealphaan serta kekejaman yang telah aku lakukan padamu, tak kira sengaja atau tanpa aku duga. Kerna kau insan bernama TEMAN. Kaulah sahabat yang ku cari selama ini. Berkongsi duka dan ceria. Aku amat menghargai kau dalam hidupku. ALLAH telah memberian aku peluang untuk memiliki sahabat sepertimu. Walaupun aku hilang kepercayaan pada insan bergelar kawan dahulu, namun aku amat dan teramat bersyukur dengan kehadiranmu yang membawa sinar persahabatan. Kenangan di sini pada mulanya amat pahit ku rasakan. Kini bertukar agenda kegirangan. Arus kehidupan berliku membuatkan aku rebah ke bumi. Namun kata-kata serta kehadiran kau cukup membuatkan hatiku berdetik bahawa ada seorang lagi insan teristimewa di sini. Senyumanku kala ini adalah disebabkan keikhlasanmu yang ditaburi. Kepercayaan yang kau taburkan, kesenangan yang ku kecapi. Indahnya Taman Teman, seindah fenomena terbitnya fajar di ufuk sang bumi. Aku sanjung peribadi luhurmu sahabat.
Aku genggam erat tali ukhwah ini hingga tidak akan terlerai dek panahan insan berhati keji. Akan kusuburi dengan kata-kata hikmah, kerna hanya wujud satu dalam sejuta....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..! Jemput komen lagi :)