Assalamualaikum
Dear community sekalian. Since aku jaga patient AIDS few days ago, aku jadi tergerak hati nak story pasal penyakit misteri yang tak berapa orang suka ni. Bila ramai orang citer pasal sakit ni, ramai yang nak menjauhkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik ini. Jadi sebagai kelompok kesihatan aku rasa magnet nak story jadi kuat. Conclusionnya, bagi aku masa untuk cite.
Ramai orang tahu AIDS ni bahaya. Tapi kome kome tahu ke AIDS tu maksudnya ape? Yang duk angau translate Aku Ingat Dia Sahaja. Amboi. Kalau orang kampung kata sakit orang hisap dadah. Urm..terpikir pikir. Even yang luar dari health sciences pon tahu. Sebab apa? Sebab banyak membaca. Bagus. Acquired Immune Defiecincy Syndrome tulah AIDS. Berbelit lidah Makcik Rogayah. Tapi berapa ramai yang tahu AIDS ni sebenarnya tersebar melalui channel apa. Of course bukan channel TV la. Macam mana if korang jumpa sapa sapa tepi jalan ada serupa dengan simptom penyakit ni. Haa.. nak bawak p hospital ke nak bawak diri jauh jauh?
HIV dan AIDS? Sama ke?
AIDS akan jadi selepas HIV serang. Maksudnya di sini, selagi HIV tak wujud dalam badan seseorang, selagi tu AIDS takkan wujud. But kalau HIV dah retain dalam badan, AIDS akan menyusul kemudian. It may takes TIME. Mungkin ada yang beranggapan HIV dan AIDS sama. As I know, they are look alike. Mungkin sebab pandangan masyarakat kita terhadap penyakit ni. HIV adalah Human Immunodeficiency Virus iaitu virus yang menyerang dan merosakkan antibodi tanpa pesakit itu sedari. Sebab tulah saya cukup benci musuh dalam selimut #Err..
Apa punca AIDS?
Well ianya tidak akan berlaku sekiranya ada contact skin to skin. So don't worry. Bukan juga disebabkan gigatan nyamuk miang. Nyamuk takkan kena AIDS since dia takde antibody. Nyamuk pon takda masa nak carry virus ni sebab dia pon nak hidup lama. Barang yang disentuh mereka pon takkan membahayakan kita. Tapi ia akan bernular sekirannya berlaku sentuhan kecundang. Aik? #krik..krik..
AIDS berlaku sekiranya berlaku proses:
1: Mengawan antara pasangan yang sudah ada HIV.
2: Drug addict *Ini bukan merujuk pada pharmacist ok.*
3: Budaya pinjam meminjam yang berleluasa. Budaya ni bagus tapi sangat tak bagus bila berkongsi jarum sesama masyarakat. Padah kalau bagi pinjam tak bertempat. Mungkin atas sebab tak cukup duit nak beli jarum baru. Anyway, gov tidak akan meluluskan bajet ini.
4: Ataupon selepas hasil daripada nombor 1, dia mendapat cahaya mata dan kemudian anak yang di kandungnya menerima padahnya. Kes macam ni sungguh menyedihkan sebab yang menerima akibatnya adalah anak yang bakal dilahirkan. Sob sob sob..
AIDS tidak akan berlaku kiranya anda menderma darah atau menderma organ, jadi usah risau. Sebab proses menderma semua adalah sterile. Bebas dari kuman. Inshaallah. TETAPI, AIDS boleh berlaku sekiranya anda penerima darah. Sebagai contoh, lepas bersalin tumpah darah. Blood transfusion diperlukan. Ada potensi darah yang diberi mengandungi HIV virus. TETAPI, jangan risau..darah yang disalurkan semuanya telah di screening. Ditapis sebelum diluluskan oleh makmal yang bertanggungjawab. So far tak pernah ada kes darah HIV masuk dalam badan pesakit. Jadi jangan risau. Percayalah kami sebagai ahli kesihatan :)
Gejala AIDS
Bila kita citer pasal luaran pesakit AIDS ni mesti kita gambarkan golongan ni golongan yang bermuka cengkong, warna kulit berubah jadi gelap sedikit demi sedikit, tulang temulang sume nampak sangat ketara. Especially kaki, tangan, dan dada. Yes, betul. Sebab mereka akan mengalami perubahan yang ketara dari segi berat. Itu yang ketara bagi aku la. Yang lain sume macam demam, rashes, sejuk, hilang selera makan dan seangkatan dengannya. Tapi kalau tengok National Geograhpy dan notice ada orang Afrika yang malnutrition jangan kabo dorang pon kena AIDS. No no no.
Jadi apa treatment AIDS?
Sejujurnya, AIDS tidak boleh diubati buat masa ini. Yang ada hanyalah ubat untuk melambatkan proses penyakit ini dan meningkatkan jangka masa hidup pesakit itu sendiri. Ubat yang selalu doktor prescript adalah HAART. Iaitu dalam bahasa omputihnya highly active antiretroviral therapy. Ia adalah gabungan drug untuk melawan virus ni. Korang g la google sendiri ea. Walaupon ubat ni tak 100% menyembuhkan tetapi at least ia berjaya mengurangkan sedikit demi sedikit virus ini dalam salur darah pesakit HIV/AIDS. Apa apa pon Allah itu Maha Berkuasa, hanya Dia yang layak untuk menarik nyawa seseorang.
*Kepada sesiapa yang nak berkahwin tu, jangan lupa buat HIV screening tau! Jangan buat buat lupa. Nanti anda juga yang merana. Pesanan khidmat masyarakat ^_^
#After take care sorang patient AIDS, akhirnya aku demam yang berlarutan hingga ke hari ini. Hope cepat cepatlah demam ni pergi.
hmmmm.. bagus ni.. info yang sangat berguna tentang aids..
ReplyDeleteBaru hari ni tau apa itu sebenarnya AIDS. Terima kasih sudi berkongsi maklumat na... Akak suka...
ReplyDeleteBambam merindu...
ReplyDeletehebatnyaaa layak jadi specialist ni huhu
ReplyDelete