Assalamualaikum dan selamat kembali cik Rozi! Setelah blog ditinggalkan selama hampir 2 bulan selepas bergelar staff nurse. What a suprise! Aku dah kerja! Aku dah kerja!
So, aku tetap aku. Si hyperactive apabila glucose mencacak naik. Si pendiam bila lemak hangus terbakar. Things here become more comfortable day by day. Alhamdulillah. Sabah dengan Melaka memang la tak jauh kalau nak dibandingkan Sabah dengan Perlis tapi dah naik gila nak balik kampung ni. Sangat merindukan insan tersayang bergelar parents, adik beradik, anak anak buah dan semua kawan kawan kat semenanjung. Satu pengalaman yang sangat baru setelah dihantar jauh untuk mencari rezeki. Pengorbanan demi mencari sesuap nasi. Ececeh, macam dahsyat sangat je story aku ni.

So disebabkan lama sangat aku tak update blog, aku rasa banyak sangat cerita aku nak story. Dari mula aku ke LCCT sampailah ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Gila sadis story aku ni. Yea, I missed a flight. Anyway, aku percaya semua itu ada hikmahnya. Burn RM300. Sabar sabar~
Kat sini, aku tinggal dengan housemate time study kat Cheras dulu, Cik Husna. Kiranya kami tinggal serumah lagi la ni. YEAY!! Dan nak dijadikan cerita gempak, kami sama sama mintak kerja KL and lastly bumped each other kat Sabah. YEAY!! Yang lagi bestnya kami kerja satu hospital. YEAY!! Bertambah menariknya aku dan dia sama department. YEAY!! Kami dapat wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Just apa yang membezakan wad kami adalah tahap kritikal NICU. Aku level 3 (sangat kritikal), Husna level 1 (kurang kritikal). Tapi jangan risau, sebelah je pon. Memang orang kata jodoh kami panjang la. Nasib baik abang dia dah kahwin. Haha. Ok ok, melalut pulak.
Aku berkhidmat di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (HWKKS) atau nama lama dia Hospital Likas. Seramai hampir 300 intake nurse kat Sabah ni. Dan boleh kata cecah 600 orang kena hantar Sabah Sarawak. Rasanya kami intake new staff yg paling giant. Dari kolej aku hanya ada 10 orang ja. 2 out of 10 je yang dapat Hosp Likas. 8 member aku yang lain sume dapat Hosp Queen Elizabeth II. Dan 2 orang yang bertuah tu adalah aku dan Husna. Such a coincidence! Alhamdulillah. Allah dah aturkan segala galanya. Memang makin bosan la aku tengok muka dia tiap tiap hari. Dan aku rasa dia pon same. Hahaha. Bekerja di sini sedikit sebanyak membuka pandangan mata tentang negeri orang. Betul bila ada orang kata, "Makin jauh kita melangkah, makin banyak pengetahuan kita dapat". Just for information, kat sini melambak KFC. #Saja nak habaq :P
Apa yang menarik di Sabah adalah:
~Panorama langit kat sini. Aku tak tahu kenapa aku nampak ada perbezaan awan antara semenanjung dan Sabah. Ke aku sorang je yang rasa macam tu?
~Second, laut kat sini. Seluas mata memandang. Memang panorama kat sini mengetuk ngetuk poket meminta segera dibeli Mr DSLR. Uh, sabar sabar! Tak lama ti gaji le tu. Nak beli Canon ke Nikon ye. Ce drop kan idea sikit ^^
~3rd things here adalah keadaan cuaca yang agak berbeza di bumi Melaka/ semenanjung. Nak kata jakun tak jugak. Orang kata macam 'whether shock' kot. Cerita benar, seminggu pertama di sini aku demam. Mungkin sebab tak biasa dengan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan. Lagi lagi bila duk dalam wad yang sejuk dan meluru keluar parking yang panas terik. Kat sini, matahari naik pukul 6 pagi. Sunset pukul 6pm. Azan sejam awal. Tido lagilah awal. Kadang kadang pukul 8 dah tido. Paling lewat tido pukul 10 setengah malam. Nak cerita yang malam dia kat sini sungguh mengantuk. Sungguh! And suddenly this word come across, "Orang Sabah tengok berita atau Cerekarama tak malam malam?"
So far, di sini seronok! Sabah memang cantik. Pengalaman ke Tanjung Aru hari tu walaupon sekejap je singgah hanya semata mata nak tengok matahari terbenam tapi bagi aku, itu adalah pengalaman yang manis. Ye, hampir hampir kena kencing manis. Tak sabar rasanya nak naik gunung Kinabalu pertengahan bulan 12 ni. Doakan segala galanya dipermudah Allah. Semoga selamat pergi dan pulang. Walaupon kat kampung aku Gunung Ledang belakang rumah je, aku tak pernah panjat lagi. Gunung yang jauh pulak aku tempuh dulu. Huhu..tumpang lalu Cik Puteri Gunung Ledang :P

K, nanti aku story lagi pengalaman aku sepanjang proses mengadaptasi diri ke tempat baru ni. Sangat challenging! For real.
Selamat kembali berblogging & selamat bertugas cik misi ! =D
ReplyDeletegamba xde
ReplyDelete