Pages

Tuesday, 3 July 2012

Genting Highland Trip - Day 2

Bismillah..

Hari kedua kat Genting View Resort tak seindah yang di sangka. We had bad luck..again. Notis yang diberikan melalui celah pintu merubah segalanya. Notis pemberitahuan bekalan air akan terganggu akibat paip pecah. Malangnya, hanya blok rumah kami je yang kena. Why today? Oh no~ sob..sob..sob!


Pagi tu, cik Husna dan kak Nik ke kedai serbaguna terdekat untuk beli air mineral. Thanks to both of you. Air mineral tu untuk kegunaan harian. Alhamdulillah, toilet is provided at the next block. Memang tak menjangkakan perkara ini akan berlaku. Tapi aku percaya, semua yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Mungkin Allah nak uji aku tahan atau tidak dugaan macam ni. Terima jelah dengan redha. Bukan salah sape sape. Mungkin salah aku sebab bawa orang yang salah. Ok, ignore it. Just let it be. Benda dah berlaku.

So, rasa nak breakfast pon tak lalu. Bukan sebab tak sedap, cuma jap lagi perut aku meragam pulak. Satu hal nak berlari ke blok sebelah. Huhu.. Trip kami ke theme park terbantut sebab kejadian yang tak diduga ni. Anyway, kami bertiga meneruskan perjalanan dalam pukul 9 lebih. Manakala 3 lagi memilih untuk tidak kemana mana. Sampai theme park dalam 2 jam kemudian, maksudnya pukul 11:30 pagi. Pagi tu tak panas, sejuk gedik gitu.

Kaunter tiket :)

Sampai sampai je terus beli tiket. Tak sempat nak buang masa. So, we're lil' bit hurry sebab nak check-out jam 12 tengah hari nanti. Lepas beli tiket, terus masuk. Kami dapat diskaun! Yeay! Genting membership card telah di rasmikan after sign up malam semalam. Walaupon 1st day (merujuk pada entry ini) tak dapat masuk theme park sebab park dah tutup, at least kami dapat langgan jadi membership dan berkenalan ngan kawan baru. Nama dia Fei Chin. Chinese man. Dia inilah yang mempromosikan membership card kat kami ber-6. Panjang lebar mukadimah dia. Thank you for the service. Ok, go back to our story. Masuk je kat pintu gate, kami terserempak dengan Tiger Wood.! Yes, mati mati aku ingat Tiger Wood datang Genting. Maznie sungguh sungguh bagitahu Tiger Wood ada dekat sini. Maznie, kamu sungguh kelakar.

Inilah Tiger Wood yang dimaksudkan :)

Sebagai mukadimah, kitorang naik benda ni! Ia di kenali sebagai spinner. Wuhooo!! Sepuas puasnya aku jerit! Luahkan segala perasaan yang remuk kat sini. It's worth it ya know! Giler cool!!

I'm flying! 

Di sebabkan ini kali pertama aku singgah tempat macam ni, aku agak blur. So, cik Husna yang tolong bagi peta minda. Huhu, second game pulak kami ke tempat lanun. Er, kat sini agak mual ye cik Husna. Sian dia.


Jom tengok gambar :) 

Cik Maznie dan Cik Husna! Masing masing dengan mushroomnya. Kejap lagi kena petik la tu. Hehe.


My model !!



Err, mempromosikan bas :)

Interesting! Parking for babies! Very cute!

Penat posing sana sini, kitorang santai sat naik benda ni. Look alike 'Eye of Malaysia'. Tapi benda ni mini je. Kami menghirup udara segar kat sini. Time ni sejuk sangat. Guess what? Kami semua berada di atas awan! Tak nampak pulak goku punya awan terbang ;p


Nampak tak muka cik Husna (bertudung hitam). Dia ada masalah kronik tau! Muka kalau macam tu mesti tanda tanda dah hypo. Hehe! Ampunkan beta. Seronok punya seronok sampai lupa nak topup kalori. Maka dengan itu, kami meneropong sekeliling Genting dari atas Matahari (kenderaan kitorang). Teropong la sangat kan. Padahal memang nak belasah Hot & Roll lepas turun nanti.


First time cuba. Sedap! Even kat kolej ada je orang jual tapi tak pernah singgah beli. Got history behind the scene. ^.^ <

Second round! Cik Husna inginkan kehangatan. "Unggun api, please". 

Bought some souvenir.

Last place visited.

Finally, kami check out dari Genting View Resort around 1pm+ dan menuju ke Strawberry Farm! 10 minit dari resort. Kat sini kita boleh petik sendiri buah strawberi. Of course yang aku petik tu bentuk dia agak cacat sket sebab yang comel comel sume orang lain dah petik. #apepontakbole. Anyway, harganya lebih murah dan rasa tetap sama. Hope so. =.= . Story dekat Stawberry Farm akan disambung next entry. Letih la pulak tangkap tangkap gambar ni.

Tq for the readers.
Wassalam.

17 comments:

  1. nak kirim strawberry leh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole. sila petik sendiri kat genting ea. kat sini da lesap. :)

      Delete
  2. seronoknye dia berjalan~~

    berapa harga hotel tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Yana Libra! Memang seronok :) Hotel tu kami tinggal 2H1M harganya RM79 untuk 6 orang. murah kn? sebab rozi beli guna kupon dekat tenet. Harga sebenar RM510. Susah nak dapat harga cenggini kat Genting. nanti rajin2 la cek diskaun kat tenet. mane tahu bole holiday ngan family tesyg :)

      Delete
  3. teringin nk naik spinner! hihi..bestnya..btul2 kt genting ek..comel tmpt ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila naik! memang besh! rasa mcm superman. cuma beza sluar la. hehe. tmpat ni mmg comel. kalau cik kaisara pergi, lagi comel.hehe

      Delete
  4. lega dengar korang enjoy.. baguslah :)) i will definitely come again here..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes u should :) nanti dah kawin, ad anak bawk g main main kat sini..hehe

      Delete
    2. yaaa betul2.. seronok tengok budak2 comel main macam2 kat sini..
      tapi sebelum kawin nak datang gak..hehe

      Delete
    3. itu mesti! kne g pre, intra dan post married :p
      Haha, nanti bole cite kat anak-anak kan. Hehe :D

      Delete
  5. pergi tak ajak pun..mcm best je ni.heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. oloh, tak ajak ea.. woofer storm nanti kita g taman permainan nk? petang ni free? hehee

      Delete
  6. waaahh...best nyer.... saya nyer plan nk ke genting dha 2 taun x jadi...hope taun nie jadi pegi genting...mesti best kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke cik chenta? 2 tahun tu mesti terseksa nak g sini kn? takpe takpe, insyaAllah tahun ni kamu bole pergi. mmg berbaloi g sini. nanti da g sini, buat entry tau. nak tompang bace. hehe

      Delete
  7. salam...nak tau kisah asal usul Alien?

    ReplyDelete
  8. ooo..g genting eh..kite pun baru balik dari genting..tak bersuke ria pun..ada kerja skit kat sana..

    hi, kunjungan berbalas..i follow...

    ReplyDelete

Terima kasih..! Jemput komen lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...