Pages

Sunday, 8 May 2011

Khas Buat Ibu

Ibu,
Anak mu ini nakal ketika masih bertatih di era duniawi
Anakmu ini kadangkalanya mengeluh akan tugas yg di beri
Anakmu ini leka dengan perkara yg tidak memberi erti
Anakmu ini juga pernah membuatmu terluka dan terguris.

Kuatnya ibu menjaga kami 8 karekter yang berbeza watak.
Gigihnya ibu membesarkan kami semua..
Tanpa setitip susumu ibu,
 Mana mungkin aku anakmu yg kini membesar dengan penuh kasih sayangmu
Mana mungkin aku kini bergelar warga insani yg memberi bakti
Mana mungkin aku membesar dengan didikan agama Ilahi

Membesarkan aku tanpa tiada cacat celanya
Mengoraknya aku ke zaman yg lebih menjanjikan dewasa
Kini,
Tiba saatnya untuk aku membalas segala keringat yg ibu keringkan 
Dek hembusan angin sayup
Tiba masanya anakmu ini melayan segala keinginanmu
Tanpa jemu..
Untukmu Ibu....

1 comment:

  1. sedih..dan terharunya..

    akhirnya anak mak sudah meningkat usia dewasa
    bijak membuat keputusan
    putera puteri yang selalu
    mengolah cerita pondok2 dan bermain tengteng
    kini telah semakin hampir
    menggemgam impian dan kejayaan

    akak selalu mengharapkan
    kita tidak akan sesekali menhampakan mak
    malah membekalkan kebahagiaan
    agar kesusahan yang dahulunya menjadi penyebab kita sekeluarga dipandang enteng
    suatu hari bakal membuka mata mereka2 yang selalu menyisihkan keluarga kita dengan
    kejayaan dan kebahagiaan kita bersama..

    dan mak akan dikenang sebagai wanita TERHEBAT
    kerana membesarkan kita dengan sempurna..

    wahai dunia...dialah ibu kami..
    JASMAWARNI BINTI TAROK
    yang cekal dan sabar dalam menghasilakn
    wira wati dunia...

    ReplyDelete

Terima kasih..! Jemput komen lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...