Dakwah, BERTUJUAN untuk…
Mengajak … bukan … mengejek
Mengajar … bukan … meng-hajar
Membina … bukan … menghina
Menasihati … bukan … menusuk hati
DAKWAH akan LANCAR dengan…
Menabur kasih … bukan … menguburnya
Menggalang kekuatan … bukan … menggulungnya
Menerangi kebenaran … bukan … memeranginya
Menjaga hak saudara … bukan … menjegalnya
Dakwah, SEHARUSNYA boleh…
Membimbing … bukan … membimbangkan
Memajukan … bukan … memundurkan
Menganjurkan … bukan … menghancurkan
Menyedarkan … bukan … menidurkan
DAKWAH akan lebih BERKUALITI dengan…
Tabah hadapi cubaan … bukan … tambah minta pujian
Sabar lewati rintangan … bukan… gusar hadapi tentangan
Mewujudkan amalan nyata … bukan … mengumbar kata kata
DakWah, TERASA INDAH bila untuk…
Meneladani … bukan … menelanjangi
Saling memberi … bukan … saling meng-iri
Menyemangati … bukan … menyengat-mati
Mencipta rasa damai … bukan … membuat masa ramai
DAKWAH, terasa MANIS dengan…
Menebar senyum manis … bukan … mengumbar wajah sinis
Berakhlak halus … bukan … berakal bulus
Berniat tulus … bukan … berminat fulus
DAKWAH, itu UPAYA untuk…
Mempertahankan akidah … bukan … mempertuhankan kabilah
Menghidupkan sunnah … bukan … meredupkannya dengan bidaah
Menjadikan orang patuh … bukan … membuatnya jatuh
Membuat umat sembuh … bukan … menjadikannya kumat & kambuh
DAKWAH KERANA ALLAH & RASUL !!!!
*kata2 ni di ambil daripada hamba Allah dari Home Facebook :)
terima kasih atas ingatan :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..! Jemput komen lagi :)