Kisah perjalanan 2010 yang menguasai wilayah kalendar masihi
bakal mengakhiri takhta nya tepat jam 12 tengah malam waktu Malaysia hari ni.
Encik 2011 pula bakal melakarkan sejarah
yang pastinya di nantikan oleh warga insani
khususnya wat aku yang asyik dok mengeja kat depan laptop ni.
Maka dengan itu,
aku sebagai salah satu warga yang mengaksikan perolakan masa
kian giat menekan kekunci yang kini berada di hujung jari
semata-mata bertujuan untuk meng'rewind'kan kembali
perkara-perkara yang telah menjadi buku teks history versi abad ke 22..
Tahun 2010 disambut baik dengan kelahiran serta kewujudan anak buah aku yang ke2,
Nur Alya Nabilah Muhd Ariff pada 3 Jan 2010.
Syukur, Alya da makin besar sekarang.
Da bley kenal Upin Ipin pon. huhu..
Maka secara tidak langsung, jatuhnya gelaran 'Auntie'
.. hek3..
Namun di sebalik kegirangan yang terpancar dek spotlight
di wajah beta ni,
terselit kedukaan yang tak dapat dibendung lagi..
Tahun 2010 telah meragut kegembiraan aku serta keriangan aku
yang selama ini menjadi kepunyaan aku.. huhu
Berita kawan baik aku sakit membuatkan fikiran aku terbejat,
kelakuan aku terbatas dan emosi aku bergelora.
Aku tak setabah mana walaupon luaran nampak hebat. Haha!!
Lama dia menanggung derita.
Aku da macam naik gila sebab aku tak boleh buat pape
melainkan berdoa pada ALLAH.. :'(
Syukur.. setelah hampir 2 bulan setengah, dia akhirnya sembuh.
SYUKRAN YA ALLAH..
Maka, selepas kejadian yang mencengkam gejolak emosi..
Kak Fanah tak jemu-jemu melawat aku kat Cheras ni..
(patotnye aku yg lawat kak Fanah)
tiap-tiap bulan kawan!
Dari tengganu ke KL. Aku amat terharu.. :')) sangat terharu.
Walaupon aku ni takde lah se'special’ mana,
tp dia melayani aku macam saudara kandung nya sendiri..
TERIMA KASIH kak NUR FARHANAH CHE SULAIMAN
(a.k.a kakak angkat saya..hihi)
Kalendar 2010 dihiasi lagi dengan berkenalan ngan member2 baru. :)
Anyway, thanks rakan2.. anda tidak akan di lupakan..
Cabaran sentiasa menanti kita di masa hadapan.
Berhati-hatilah dengan pokok kat depan.. J
Kegembiraan akhir tahun 2010 makin menjadi-jadi
lepas aku dok bercuti di Terengganu selama 6 hari
bersama teman-teman,
Maznie Ahamed
dan
kak Hidayah Sanif
serta bersama tuan rumah, kak Farhanah..
Aku hepi!!
Hepi sangat!!
Dekat 5 bulan aku tak bersua muka ngan kak Fanah.. :)
Terima kasih semua kawan~
Dan hari ni plak aku bersama keluarga
(abah, mak, kak kiey and mira)
meluru laju ke pasar malam Nyalas (15min dr rumah)
Sakan membeli barang.
Yang menjadi pilihan aku, Apam Balik n Air Asam Boi (no girl, ya..)
Fuhh..lamenye tak rase nikmat pasar malam..
Kalu ade pon pasar malam kat taman aku (Cheras)
Yang mana di dominasi oleh warga Cina.
"Nak boli apo jang? Buah buahan boleh la sapu.
Kalu ade yang dok ngidam Mee Bandung?
Tak ke nayo jo? hihi.. Tak dapek den nak nolong..", kata Mak Bedah.
Anyway, time is running out.
Mintak mintak post ni sempat sebelum kul 12 tengah malam ni.. hehe
Papepon, aku mengharapkan
sejarah membuatkan aku dewasa dan menghargai masa yang masih bersisa..
Salam 2011..
selamat tahun baru..semoga kamu makin tabah di tahun 2011 ini..sayang kamu sangat2kawan... =)
ReplyDeleteselamat tahun baru juga kawan..
ReplyDeleteterima kasih kerana menyerikan lagi kalender tahun ini!!
sayang Cik Bunga.. (^^,)y